Utusan Borneo (Sabah)

UPSR di seluruh S’wak berjalan lancar

Banjir di Sri Aman, Betong, Sibu tidak jejas calon pada hari pertama peperiksaa­n

-

KUCHING: Hari pertama Ujian Pencapian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula pada Isnin di 1,286 pusat peperiksaa­n di seluruh negeri berjalan lancar meskipun beberapa kawasan dilanda banjir.

Pengarah Pendidikan Negeri Rakayah Madon berkata, banjir yang berlaku di Sri Aman, Betong dan Sibu tidak menjejaska­n calon UPSR untuk menduduki kertas Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris pada hari pertama peperiksaa­n itu pada Isnin.

“Apa yang dimaklumka­n kepada saya pada hari ini (Isnin) kesemua pusat peperiksaa­n tidak terjejas akibat banjir dan semua calon menduduki peperiksaa­n dengan lancar tanpa sebarang masalah,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo pada Isnin.

Malah, Rakayah memberitah­u bahawa pihaknya turut menjalin kerjasama dengan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi memantau keadaan di kawasan terjejas akibat banjir.

“Kami dibantu oleh bomba dan APM bagi menghantar murid dan guru di kawasan yang terjejas akibat banjir ini untuk ke pusat peperiksaa­n.

“Dan saya dimaklumka­n juga bahawa banjir ini hanya berlaku di jalan masuk dan padang sekolah sahaja dan ia tidak menjejaska­n pusat peperiksaa­n di sekolah berkenaan,” tambahnya.

Antara sekolah yang terjejas akibat banjir ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Ng Lidong di Betong manakala tiga sekolah di Sibu iailah SK St Mark, SK Tanjung Latap, dan SK Nanga Assan.

Rakayah berkata pada tahuninise­ramai41,317calon UPSR menduduki ujian itu di 1,286 pusat peperiksaa­n seluruh Sarawak.

Menurutnya, daripada jumlah itu seramai 31,180 calon atau 75.47 peratus akan menduduki UPSR dalam aliran bahasa Melayu, sementara 10,137 lagi atau 24.54 peratus akan menduduki UPSR dalam aliran bahasa Cina.

Jelasnya, bagi SK, UPSR dijalankan bermula semalam hingga 14 September ini manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Cina pula bermula semalam hingga 18 September ini.

“Seramai 320 penyelia kawasan dan 5,027 pengawas peperiksaa­n terlibat dalam pengendali­an ujian ini,” tambahnya.

Selain itu, Rakayah turut mengingatk­an semua calon supaya menyemak jadual waktu ujian dan membawa kad pengenalan atau surat beranak atau borang pengenalan diri dan kenyataan kemasukan ke pusat peperiksaa­n pada setiap hari peperiksaa­n.

“Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sektor Penilaian dan Peperiksaa­n, Jabatan Pendidikan Negeri di talian 082-473538 atau 082-473520 atau Unit Penilaian Peperiksaa­n di Pejabat Pendidikan Daerah berhampira­n,” ujarnya.

 ??  ?? CALON Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Sekolah Kebangsaan Dato Traoh di Kota Samarahan bersalaman dengan ibu bapa dan guru.
CALON Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Sekolah Kebangsaan Dato Traoh di Kota Samarahan bersalaman dengan ibu bapa dan guru.
 ??  ?? SUASANA bilik peperiksaa­n di Sekolah Kebangsaan Dato Traoh, Kota Samarahan.
SUASANA bilik peperiksaa­n di Sekolah Kebangsaan Dato Traoh, Kota Samarahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia