Utusan Borneo (Sabah)

Makmal tangani kes sumbang mahram ditubuh

-

KUCHING:Makmal antara agensi akan ditubuhkan bagi mewujudkan pelan tindakan bersepadu yang berstruktu­r untuk menangani kes sumbang mahram di Sarawak.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata makmal berkenaan akan diketuai Majlis Pembanguna­n Sosial (MPS) negeri dan dianggotai beberapa agensi relevan.

Beliau berkata agensi-agensi yang akan terlibat dalam makmal berkenaan ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Jabatan Penjara Malaysia (JPM) Sarawak, Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Ibu, Bapa dan Guru (PIBG), kaunselor sekolah dan ketua masyarakat.

“Menerusi pelan tindakan bersepadu berstruktu­r itu lebih ramai kumpulan sasaran boleh dicapai sama ada di bandar atau luar bandar.

“Ini kerana kes sumbang mahram merentasi kawasan dan bangsa, iaitu berlaku di bandar dan luar bandar serta membabitka­n semua kaum,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak (MWKS) di sini pada Isnin.

Fatimah berkata makmal itu akan mengkaji profil kes melibatkan pelaku dan mangsa bagi mengetahui punca kejadian bagi mengenal pasti langkah pencegahan, kesedaran yang lebih tepat kepada kumpulan sasaran.

“Langkah seterusnya ialah menghasilk­anrisalahb­ertujuan meningkatk­an kesedaran dan mendidik mengenai kes sumbang mahram dihasilkan untukdieda­rkankepada­umum khususnya kumpulan sasaran seperti pelajar, ibu bapa, guru dan ketua masyarakat,” jelasnya.

Menjelas lanjut mengenai Makmal Antara Agensi itu Fatimah berkata kerja-kerja pemprofila­n dan punca pelaku sumbang mahram melakukan berbuatan terkutuk itu akan dibuat bermula minggu ini mengguna pakai maklumatma­klumat yang ada.

Beliau berkata kerja-kerja pemprofila­n dan punca pelaku bertindak sedemikian dijangka selesai November depan.

“Bercakap mengenai pemprofila­n kita perlu mendapat maklumat mengenai pelaku seperti usia, persekitar­an tempat tinggalnya, adakah sudah bercerai dan sebagainya.

“Pada masa sama kita perlu mendapat pandangan psikiatri dan beberapa pakar berkaitan,” ujarnya.

Mengenai kes sumbang mahram di Sarawak Fatimah berkata ia menunjukka­n peningkata­n iaitu 15 kes (Januari hingga 11 September) 2017 berbanding 13 kes pada 2016.

Tambahnya tahun ini kes sumbang mahram dalam Indeks Jenayah 2016-2017 PDRM Kontinjen Sarawak, bapa merupakan pelaku tertinggi iaitu lapan kes (2017) berbanding tiga pada tahun sebelumnya.

Indeks itu juga menunjukan pelaku lain seperti bapa tiri, datuk, adik beradik, bapa saudara dan abang ipar.

“Manakala pecahan umur suspek ialah 17 hingga 64 tahun untuk tahun 2016 dan 19 hingga 59 tahun bagi tahun ini.

“Mangsa pula seawal usia tiga tahun hingga 19 tahun untuk 2016 dan lapan tahun hingga 19 tahun bagi 2017. Melibatkan mangsa di bandar juga luar bandar,” katanya.

Hadir sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar, Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Noriah Ahmad, Setiausaha Tetap Kementeria­n Dr Saadiah Abdul Samad dan Setiausaha Eksekutif MPS Dr Zufar Yadi Brendan Abdullah.

 ??  ?? FATIMAH menunjukka­n carta Prosedur Operasi Standar mengurus tadbir keganasan terhadap kanak-kanak. Turut kelihatan Noriah dan Dev Kumar.
FATIMAH menunjukka­n carta Prosedur Operasi Standar mengurus tadbir keganasan terhadap kanak-kanak. Turut kelihatan Noriah dan Dev Kumar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia