Utusan Borneo (Sabah)

Hanya satu pusat pemindahan banjir dibuka

-

KUCHING: Pusat pemindahan banjir kekal satu dibuka setakat jam 4 petang semalam iaitu Dewan Dr Johnical Rayong Ngipa yang mula beroperasi pada jam 12 tengah malam Isnin.

Menurut kenyataan akhbar dikeluarka­n Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, pusat pemindahan itu dibuka bagi menempatka­n 35 penghuni Rumah Lembu Entalun Skrang, Engkilili.

Penduduk rumah panjang berkenaan dipindahka­n selepas paras air Sungai Entalun Skim Skrang naik secara mendadak akibat hujan yang turun sejak jam 2 petang Ahad lalu.

Sekretaria­t JPBN juga melaporkan kejadian air pasang besar menyebabka­n Sekolah Kebangsaan (SK) St Mark, Tamin, Sibu dinaiki air setinggi kira-kira dua kaki satu inci, bagaimanap­un tiada pusat pemindahan banjir dibuka.

Ketika kejadian terdapat enam guru, empat kakitangan sokongan sekolah dan enam murid tahun enam berada di sekolah berkenaan.

Sementara itu Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak melaporkan bahawa penghuni Rumah Rembai, Skrang, Betong diarah berpindah ke pusat pemindahan banjir jika paras air terus meningkat.

Menurut laporan berkenaan setakat jam 5 petang semalam Rumah Rembai, Skrang, Betong dinaiki air sedalam tiga kaki dan menghampir­i satu kaki ke paras lantai ruang hadapan rumah panjang yang berjumlah 16 pintu itu.

Bagaimanap­un tiada operasi pemindahan ke pusat pemindahan banjir dilakukan kerana ratarata penghuni enggan berpindah termasuk tuai rumah dengan alasan sukar menghantar anak mereka ke sekolah.

“Jika paras air terus naik, mereka akan dipindahka­n ke Dewan Rentap Betong yang jaraknya kira-kira 21 kilometer dari rumah panjang berkenaan,” jelas JBPM Sarawak.

JBPM Sarawak turut melaporkan bahawa Jalan Salim-Stabau, Sibu sepanjang 20 meter dinaiki air namun masih dapat dilalui kenderaan.

Sementara itu khidmat JBPM turut diperlukan bagi menghantar dua murid ke asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Entaban Betong menggunaka­n bot kerana jalan menuju ke sekolah berkenaan dari rumah mereka dinaiki air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia