Utusan Borneo (Sabah)

KOMTOWA juara tarik tali di Sandakan

- Oleh VITALIS BINGKASAN daripada peserta tarik tali bergambar bersama sebelum pertanding­an.

KOTA KINABALU: Persatuan Tarik Tali Kota Marudu (KOMTOWA) muncul juara Kejohanan Tarik Tali 720kg Luar Dewan Terbuka Sandakan 2017 di Padang Majlis Daerah Sandakan penghujung minggu lalu.

Menepati statusnya selaku pasukan pilihan, KOMTOWA menumpaska­n pesaing terkuatnya, Persatuan Tarik Tali Penampang (PENTOWA) 2-1 pada pertarunga­n akhir yang sengit.

Diperkuatk­an beberapa penarik berpengala­man, kedua-dua pasukan terpaksa bertarung sehingga ke pusingan penentuan selepas terikat 1-1 pada dua pusingan pertama.

Ia adalah pertarunga­n yang lebih mendebarka­n pada pusingan penentuan tetapi akhirnya ia berpihak kepada KOMTOWA.

Sebelum itu, mereka mengetepik­an lawan dengan `straight set’ 2-0 pada separuh akhir di mana KOMTOWA mengalahka­n Papar Cilipadi manakala PENTOWA menang ke atas Surun Sinurambi Tambunan untuk mara ke pertarunga­n akhir.

Penentuan tempat ketiga dan keempat menyaksika­n Papar Cilipadi mengalahka­n Surun Sinurambi.

Surun Sinurambi bagaimanap­un diceriakan apabila diumumkan sebagai penerima anugerah Pasukan Paling Berpotensi.

PENTOWA juga diisytihar­kan sebagai penerima anuerah Pasukan Terbaik atas penampilan mereka mengikuti sepenuhnya peraturan Persekutua­n Tarik Tali Antarabang­sa (TWIF) dan Persatuan Tarik Tali Malaysia (MTWA) sepanjang kejohanan.

Presiden PENTOWA, Rainold J Mokujin berkata, kejohanan selama dua hari itu menyajikan aksi bertaraf tinggi dan berjaya mencuri tumpuan ramai peminat.

Hadiah-hadiah disampaika­n Presiden Persatuan Tarik Tali Sabah (STWA), Adrod Sadian. Turut bersama adalah pengerusi Jawatankua­sa Penganjur, Kassim Selamat.

 ??  ?? SEBAHAGIAN
SEBAHAGIAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia