Utusan Borneo (Sabah)

Masa depan V Shem-Wee Kiong ditentukan Isnin depan

-

KUALA LUMPUR: Masa depan gandingan beregu badminton lelaki negara Goh V ShemTan Wee Kiong hanya akan ditentukan selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Kejurulati­han dan Latihan (C&T)PersatuanB­adminton Malaysia (BAM) pada Isnin depan.

Perkara itu disahkan Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria yang menegaskan keputusan ke atas pasangan nombor tujuh dunia itu akan dibuat selepas menilai laporan yang bakal dibentangk­an Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen dan jurulatih beregu negara Cheah Soon Kit.

“Morten Frost dan Cheah Soon Kit sebelum ini telah diberi tanggungja­wab untuk berjumpa dan mengenal pasti masalah yang melanda mereka (V Shem-Wee Kiong) dan akhirnya laporan tersebut akan dibentangk­an pada mesyuarat C&T yang akan diadakan Isnin depan.

“Kita akan membuat penilaian secara terperinci dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak sebelum membuat sebarang keputusan muktamad sama ada V Shem-Wee Kiong akan terus dikekalkan atau dipisahkan,” katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.

Selepas merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik Rio 2016, pasangan yang mula ‘dibentuk’ sewaktu Piala Thomas 2014 di New Delhi, India itu turut berjaya menjuarai Siri Super Akhir di Dubai selain pernah menduduki ranking pertama dunia.

Namun prestasi yang tidak konsisten dipamerkan kedua-dua pemain itu tahun ini termasuk terkandas di pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia 2017 di Glasgow, Scotland bulan lepas menimbulka­n keresahan dalam kalangan peminat badminton tempatan.

Malah pelbagai pihak turut menggesa BAM agar segera mengambil tindakan sewajarnya dan mencari jalan penyelesai­an mengenai kemelut yang melanda gandingan terbabit.

Dalampadai­tuNorzatur­ut menolak dakwaan Frost yang mengatakan pasangan terbabit akan dipisahkan untuk digandingk­an dengan pasangan baharu seperti yang dilaporkan sebuah akhbar bahasa Inggeris tempatan (The Star) minggu lepas.

“Apa yang diperkatak­an Frost itu mungkin adalah pandangan peribadi beliau sahaja kerana pada akhirnya C&T yang akan menentukan keputusant­ersebut,”tambah beliau. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia