Utusan Borneo (Sabah)

300 serta Kokol Nature Adventure

-

KOTA KINABALU: Kokol Nature Adventure 2017 menerima maksima 300 penyertaan yang dihadkan untuk edisi keempatnya pada 24 September.

Acara larian yang berlansung di Kg. Sinagang Kokol, Manggatal dengan Villaku Boutique Homestay sebagai venue rasminya itu adalah anjuran bersama Casero Events dan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) N.13 Inanam, Fredoline Totin.

Acara tahunan itu dibahagika­n kepada empat kategori iaitu Terbuka Lelaki, Lelaki Veteran, Terbuka Wanita dan Wanita Veteran.

Kategori terbuka akan berlumba untuk jarak 17km manakala kategori veteran 15km.

Peserta diingatkan untuk menyemak pendaftara­n penyertaan mereka di akaun rasmi laman sesawang atau menghubuni pegawai urusetia.

Pengarah Urusan Casero Events, Steve Johnny berkata, barangan larian akan mula diagihkan di Sport Mart Tingkat 3 Suria Mall pada Jumaat dari jam 11.00 pagi hingga 7.00 malam dan di Kokol Villaku Boutique Homestay pada 23 September.

Acara itu menawarkan hadiah termasuk wang tunai keseluruha­n RM9,000 kepada 10 pemenang teratas semua kategori.

Steve yang juga pengarah perlumbaan mengingatk­an agar peserta bersedia terutamany­a kelengkapa­n yang ditetapkan kerana cabaran yang bakal diharungi bukan sahaja laluannya tetapi juga cuaca.

“Cuaca amat sejuk jika hujan dan pada awal pagi tetapi akan berubah kepada panas selepas jam 8.00 pagi. Peserta dikehendak­i membawa air,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia