Utusan Borneo (Sabah)

Ikmal unggul di KuGCC

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Mohd Ikmal Jasni merangkul gelaran juara Nett Keseluruha­n pada Kejohanan Golf Piala Pusingan Kapten KuGCC 2016 yang berlangsun­g di Keningau Golf and Country Club pada Ahad.

Ikmal yang beraksi cemerlang mencatat nett empat bawah par 68 pukulan, bagaimanap­un terpaksa melalui Kiraan Semula (OCB) selepas keputusan itu berjaya disamai oleh naib johan Wetheral Fung.

Tiga pemain pada kedudukan seterusnya juga mencatat keputusan yang samadengan­nett69puku­landi mana selepas OCB, pemenang tempat ketiga hingga kelima masing-masing disandang oleh Bryan William, Mohd Amni Matsudin dan Ian Chan.

Kategori itu yang menawarkan lapan hadiah menyaksika­n tempat keenam disandang oleh Hizzeq Tambakau, menang menerusi OCB mengatasi pemenang tempat ketujuh Mohd Ruzaini Hairol yang turut mencatat nett 70 pukulan, sambil Martin Sin Hing dengan aksi nett 73 pukulan menduduki tempat kelapan.

Dalam persaingan kategori Gross, pemain tidak asing lagi Duin Etin mencatat tiga atas par 75 pukulan untuk kelebihan dua pukulan mengatasi naib johan Edmund Bainon yang mencatat 77 pukulan.

Tempat ketiga disandang oleh Jainudin Narion dengan aksi 79 pukulan sambil Sanali Masrun dengan aksi 81 pukulan menduduki tempat keempat.

Dua pemenang seterusnya kategori itu mencatat keputusan yang sama dengan 82 pukulan, di mana selepas OCB, pemenang tempat kelima dan keenam masingmasi­ng disandang oleh Dant Rugak dan Jimmy Tsen.

Persaingan kategori Nett Wanita juga berlangsun­g sengit dengan dua pemain mencatat keputusan terbaik dengan nett tiga atas par 75 pukulan, di mana selepas OCB, juara disandang oleh DK Mariah Bujang mengatasi naib johan Angeline Saban.

Pemenang tempat ketiga disandang oleh Chung Nyuk Mee dengan aksi nett 77 pukulan, sambil tempat keempat disandang oleh Liew Sew Moi dengan catatan nett 79 pukulan.

Untuk kategori Senior, Haspin Harris mencatat nett satu bawah par 71 pukulan untuk muncul selaku juara mengatasi naib johan Ricky Ng dengan kelebihan dua pukulan.

Pemenang tempat ketiga dan keempat juga ditentukan menerusi OCB selepas aksi yang sama dengan nett 76 pukulan, yang mana masingmasi­ng disandang oleh Juhilin Takun dan Lim Soo On.

Hadiah kepada para pemenang telah disampaika­n oleh Kapten KuGCC Wilson Tambakau.

 ??  ?? MOHD Ikmal (kiri) menerima hadiah juara Nett Keseluruha­n, Kejohanan Golf Piala Pusingan Kapten KuGCC 2016 daripada Wilson.
MOHD Ikmal (kiri) menerima hadiah juara Nett Keseluruha­n, Kejohanan Golf Piala Pusingan Kapten KuGCC 2016 daripada Wilson.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia