Utusan Borneo (Sabah)

Trump dan Najib berbincang di Rumah Putih

-

WASHINGTON, D.C: Perbincang­an Presiden Donald Trump dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak berlangsun­g di Rumah Putih dalam satu pertemuan yang bakal membuka lembaran baharu selepas 60 tahun Amerika Syarikat menjalinka­n hubungan dua hala dengan satu daripada rakan strategikn­ya di Asia Tenggara itu.

Trump menyambut mesra Najib sejurus beliau tiba untuk menghadiri pertemuan empat mata di Rumah Putih yang terletak di Pennsylvan­ia Avenue, yang juga merupakan lawatan pertama pemimpin Malaysia itu ke pejabat dan kediaman rasmi Presiden Amerika Syarikat itu.

Perbincang­an dengan Trump adalah kemuncak lawatan kerja Najib ke Amerika Syarikat atas jemputan Presiden Ke45 negara itu yang mula berkhidmat pada 20 Jan tahun ini.

Program di Rumah Putih turut merangkumi mesyuarat delegasi melibatkan anggota dan penasihat pentadbira­n Trump serta para menteri dan pegawai kanan kerajaan Malaysia.

Kedua-dua pemimpin itu dijangka mengeluark­an kenyataan bersama selepas mengakhiri pertemuan mereka di Rumah Putih, yang menyaksika­n Washington dan Kuala Lumpur meraikan hubungan dua hala selama enam dekad tahun ini.

Pada mesyuarat itu, delegasi Amerika Syarikat terdiri daripada Naib Presiden Mike Pence, Setiausaha Negara Rex Tillerson, Setiausaha Pertahanan James Mattis, Ketua Turus John Kelly, Penasihat Keselamata­n Negara Lt Jen H.R McMaster dan Penasihat Kanan Jared Kushner.

Para pemerhati mendapati barisan delegasi Amerika Syarikat mencermink­an keutamaan yang diberikan Washington di bawah pentadbira­n Trump terhadap mesyuarat itu khususnya dalam membuka lembaran baharu dalam hubunganny­a dengan Malaysia, sebuah negara yang mempunyai 30 juta penduduk pelbagai kaum dan agama di Asia Tenggara yang berdaya maju.

Delegasi Malaysia pula terdiri daripada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Tan Sri Zulhasnan Rafique, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Majlis Keselamata­n Negara Jeneral (B) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Najib dan Trump mengadakan perbincang­an dua hala dengan menterimen­teri dan pegawai kanan masing-masing sebelum kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan empat mata di Pejabat Oval.

Kunjungan N aji b ke Rumah Putih atas jemputan Presiden Trump, berlangsun­g lebih sejam. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? NAJIB mengetuai delegasi Malaysia pada mesyuarat dua hala dengan Amerika Syarikat yang diketuai oleh Presiden Donald Trump di Rumah Putih pada Rabu. Lawatan kerja Najib ke Amerika Syarikat adalah atas jemputan Presiden Ke-45 negara itu.
GambarBern­ama NAJIB mengetuai delegasi Malaysia pada mesyuarat dua hala dengan Amerika Syarikat yang diketuai oleh Presiden Donald Trump di Rumah Putih pada Rabu. Lawatan kerja Najib ke Amerika Syarikat adalah atas jemputan Presiden Ke-45 negara itu.
 ??  ??
 ??  ?? SAIPOLBAHA­RI (dua kanan) menyampaik­an sijil kepada salah seorang ahli.
SAIPOLBAHA­RI (dua kanan) menyampaik­an sijil kepada salah seorang ahli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia