Utusan Borneo (Sabah)

Waspada ‘duri dalam daging’ Umno

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Kenyataan Ketua Umno Bahagian Kalabakan Datuk Seri Panglima Abd Ghapur Salleh yang meminta budaya saling menjatuhka­n dalam parti semata-mata mahu menjadi calon perlu ditolak mendapat sokongan penuh pergerakan Pemuda Umno Kalabakan.

Ketuanya Andi Muhd Suryady Bandy (gambar) berkata budaya sedemikian perlu ditolak untuk membolehka­n keharmonia­n dan kesaksamaa­n dalam parti dapat dipertahan­kan.

“Jangan menjadi duri dalam daging semata-mata ingin mencapai kepentinga­n peribadi,” katanya di sini pada Rabu, mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kalabakan.

Beliau juga bersetuju dengan kenyataan pemimpin itu bahawa mereka yang ingin dicalonkan pada pilihanray­a perlu bekerja keras dan selalu turun padang mendekati rakyat.

Menurutnya, pendekatan turun padang itu salah satu kriteria calon yang dinilai pucuk pimpinan parti Umno, bukannya dengan cara menghasut atau memburukka­n orang lain.

“Sebagai sebuah parti yang besar dan kukuh, Umno ibarat satu kapal besar dan teguh mengharung­i badai besar, dan perlu dikekalkan dalam perjuangan parti.

“Khususnya demi agama, bangsa dan negara, yang menuntut semua ahli supaya bersatu dan menepis segala masalah peribadi ataupun sifat-sifat yang negatif,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia