Utusan Borneo (Sabah)

Impian kanak-kanak penghidap leukimia jadi bomba tercapai

Kanak-kanak penghidap leukimia dibantu menerusi CWS

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTAK INA BALU: Bagaikan mimpi jadi kenyataan, hasrat seorang penghidap leukimia untuk menjadi ‘anggota bomba’ akhirnya tercapai.

Walaupun dalam keadaan kesihatan yang kurang mengizinka­n, semangat dan kekuatan Muhammad Faisul Iman Isma Yakub, 14, jelas kelihatan tanpa menunjukka­n dirinya yang lemah.

Sejak diberitahu beliau akan diberi peluang untuk menjadi ahli bomba tiga minggu yang lepas, tidur malam Faisul bagaikan tidak lena.

Seawal jam 6 pagi, anak kepada pasangan Yakub Basuni dan Norah Kipli ini sudah bersiap sedia menanti kedatangan pasukan dari Balai Bomba Lintas.

Rancangan untuk menunaikan impian Faisul menjadi ahli bomba dilaksanak­an oleh Persatuan ImpianKana­k-KanakMalay­sia (CWS) dengan kerjasama Hospital Wanita dan Kanak- Kanak (HWKK) Likas.

Pada awalnya, program bersama Faisul dirancang diadakan di Balai Bomba Lintas.

Namun terpaksa ditukar lokasi ke HWKK memandangk­an keadaan kesihatann­ya yang tidak berapa mengizinka­n.

Walaupun berubah lokasi, Faisul tetap gembira kerana impiannya masih dapat ditunaikan.

Sebaik ditemukan dengan pasukan bomba, Faisul dipakaikan baju seragam bomba sebelum dibawa menaiki jentera bomba mengelilin­gi kawasan parkir.

Faisul turut diberi peluang menggunaka­n peralatan memadam api dari jentera bomba walaupun hanya dibuat secara simbolik.

Beliau menganggap itulah hari yang paling menggembir­akan dalam hidupnya kerana dapat menyarung pakaian seragam bomba.

Selain itu katanya, kehadiran ahli keluarga terutama ibu bapa untuk sama-sama menyaksika­n hari bertuahnya menjadi bomba membawa makna yang begitu tinggi nilainya.

“Saya bercita-cita menjadi bomba sejak kecil lagi. Tetapi keadaan kesihatan saya sekarang mungkin susah untuk saya mencapai impian ini.

“Saya juga sangat bersyukur pasukan bomba sudi datang dan menunaikan hasrat saya menjadi bomba,” katanya kepada media selepas program itu pada Rabu.

Faisul mula dikesan menghidap leukimia sejak berumur 6 tahun lagi dan anak keempat daripada lima adik-beradik ini adalah pelajar Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kinarut.

Naib Presiden CWS Teoh Teik Hoong berkata, sejak 10 tahun lepas pihaknya sering bekerjasam­a dengan hospital terutama hospital kerajaan bagi menunaikan impian pesakit.

Menurutnya, selepas doktor memaklumka­n Faisul mahu menjadi ahli bomba, pihaknya mula mengatur persiapan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Kami berharap program ini dapat memberi kegembiraa­n kepada F a isu l kerana impiannya untuk menjadi bomba dapat ditunaikan,” katanya.

Sementara itu, kakak kepada Faisul, Farah Lyana Yakub, 23, berkata, adiknya itu memiliki semangat dan kekuatan yang tinggi walaupun sebahagian dari hidupnya banyak dihabiskan dengan menjalani rawatan di hospital.

“Faisul menerima rawatan kimoterapi yang terakhir pada bulan lepas dan sepatutnya beliau meneruskan prosedur pembedahan untuk pemindahan tulang sum sum.

“Bagaimanap­un, sel kanser masih ada dan pembedahan itu terpaksa dibatalkan.

“Dalam keadaannya sekarang, walaupun perlu dijaga rapi, Faisul sentiasa positif dan kuat,” jelasnya.

Katanya, kesan rawatan penyakitny­a itu juga menyebabka­n Faisul tidak dapat fokus dalam pelajaran kerana mudah lupa.

Farah berkata, sejak September tahun lepas Faisul tidak lagi hadir ke sekolah kerana perlu menjalani rawatan secara berterusan di HWKK.

Bagi Pegawai Kanan Bomba 2 Rozamshah Rahmat, peluang menunaikan impian pesakit seperti Faisul adalah satu pengalaman yang amat berharga.

Beliau yang mengetuai program itu terharu dengan kekuatan Faisul yang mampu mengikuti dari mula sehingga tamat program.

“Sebaik program ini tamat, Faisul sempat menyampaik­an ucapan terima kasih abang bomba kepada semua anggota yang terlibat,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba membantu Faisul memakai pakaian seragam bomba.
ANGGOTA bomba membantu Faisul memakai pakaian seragam bomba.
 ??  ?? KEK harijadi antara kejutan yang disediakan buat Faisul pada majlis itu. Turut kelihatan ayahnya Yakub Basuni (belakang, dua kiri).
KEK harijadi antara kejutan yang disediakan buat Faisul pada majlis itu. Turut kelihatan ayahnya Yakub Basuni (belakang, dua kiri).
 ??  ?? FAISUL teruja berpeluang menaiki jentera bomba.
FAISUL teruja berpeluang menaiki jentera bomba.
 ??  ?? AHLI keluarga, kakitangan hospital dan anggota bomba merakamkan kenangan bergambar bersama Faisul.
AHLI keluarga, kakitangan hospital dan anggota bomba merakamkan kenangan bergambar bersama Faisul.
 ??  ?? ROZAMSHAH (duduk) dan anggota bomba yang lain membantu Faisul menggunaka­n peralatan memadam api.
ROZAMSHAH (duduk) dan anggota bomba yang lain membantu Faisul menggunaka­n peralatan memadam api.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia