Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki dipenjara empat tahun, denda RM7,000

Memandu melulu hingga berlaku kemalangan

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Seorang lelaki tempatan dihukum penjara empat tahun dan dikenakan denda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa lalu atas kesalahan memandu secara melulu sehingga berlaku kemalangan dan memyebabka­n kematian, dalam kejadian yang berlaku pada Julai lalu.

Hakim Zaini Fishir @ Faizal menjatuhka­n hukuman itu terhadap tertuduh yang berusia 58 tahun setelah didapati bersalah atas kesalahan berkenaan.

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh jatuh hukum 12 September.

Berdasarka­n keterangan kes, pada 10 Julai bertempat di kilometer 3, Jalan Lahad Datu-Tungku, tertuduh yang memandu kenderaan lori telah didapati memandu kenderaan berkenaan dengan meluru di atas jalan sehingga berlaku kemalangan dan menyebabka­n empat orang kematian.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 yang memperuntu­kkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 10 tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000.

“Hakim Zaini Fishir @ Faizal menjatuhka­n hukuman itu terhadap tertuduh yang berusia 58 tahun setelah didapati bersalah atas kesalahan berkenaan. ”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia