Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki didakwa rogol anak buah ketahui nasib pada 4 Oktober

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, menjadualk­an pada 4 Oktober untuk menyampaik­an keputusann­ya terhadap seorang lelaki kelainan upaya (OKU) yang didakwa merogol anak buahnya.

Hakim Azreena Aziz membuat keputusan itu terhadap tertuduh yang berusia 52 tahun, selepas kes berkenaan berakhir di peringkat akhir pembelaan.

Tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun pada waktu kejadian, pada 11 Oktober 2014 di sebuah rumah, di daerah Kuala Penyu.

Sekiranya disabitkan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan, penjara boleh dikenakan selama tempoh 30 tahun dan sebatan.

Dalam pada itu, tertuduh diwakili peguam Datuk Norbert Chin dan pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwara­ya Husna Abd Halim.

Kini tertuduh direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah sehingga kes berkenaan selesai.

Dalam kes berasingan, mahkamah menangguhk­an sebutan semula kes pada 27 November terhadap seorang lelaki yang didakwa melakukan persetubuh­an tabii dan mencederak­an seorang wanita.

Keputusan itu dilakukan terhadap Jomian, 18, yang tidak diwakili peguam sementara menunggu budi bicara daripada Yang Dipertua Negeri.

Pada 6 Jun, Azreena memerintah­kan tertuduh dirujuk ke hospital psikiatri selama tempoh tiga bulan untuk tujuan pemantauan.

Sebelum ini, pihak pendakwaan menyatakan laporan daripada hospital psikiatri menyatakan tertuduh tidak waras untuk menjalani prosiding mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Jomian memasukkan jarinya ke dalam kemaluan mangsa yang berusia 19 tahun, pada 28 April jam 10 pagi di sebuah kampung di daerah Penampang.

Hukuman yang diperuntuk­kan mengikut Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan, penjara selama tempoh 20 tahun dan dengan sebatan.

Tertuduh sekali lagi didakwa mengikut Seksyen 323 kanun sama, kerana mencederak­an mangsa pada hari dan di tempat yang sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara maksimum setahun dan denda sehingga RM2,000 atau dengan kedua-duanya sekali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia