Utusan Borneo (Sabah)

Perbicaraa­n bermula terhadap dua bersaudara didakwa edar dadah

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Perbicaraa­n terhadap dua bersaudara bermula di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, atas pertuduhan mengedar dadah seberat 293.04 gram.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad mendengar hujah pembukaan terhadap Tan Chun Cheng, 41, dan Tan Choon Hui, 39, yang dikemukaka­n oleh Timbalan Pendakwara­ya Gan Peng Kun.

Menurut Gan, pada 19 Disember tahun lalu kirakira jam 5 petang, di United Overseas Trading Sdn Bhd, Towering Industrial Centre, Penampang, sepasukan polis menyerbu sebuah kereta.

Terdapat dua lelaki berada di dalam kenderaan berkenaan yang kemudianny­a dikenal pasti sebagai tertuduh pertama dan kedua.

Chun memandu kenderaan terbabit manakala Choon berada di kerusi penumpang, polis memeriksa bahagian bawah kerusi penumpang dan menjumpai plastik berwarna hitam.

Polis memeriksa kandungan beg plastik berkenaan dan menjumpai sebuah kotak yang mengandung­i satu paket plastik berisi serbuk kristal dipercayai dadah.

Kedua-dua tertuduh kemudianny­a diserahkan kepada pegawai penyiasat pada hari sama kira-kira jam 7.30 malam, untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Barang bukti dirampas dan dihantar ke Jabatan Kimia pada 21 Disember tahun lalu, dan hasil analisis yang dilakukan menunjukka­n dadah jenis Methamphet­amine seberat 293.04 gram.

Chun dan Choon didakwa bersama mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntu­kkan hukuman gantung mandatori, jika sabit kesalahan.

Peguam P.J Perira mewakili kedua-dua tertuduh yang kini direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia