Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk mohon jalan raya dinaik taraf

Ribuan pengguna dua kampung terjejas

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Ribuan pengguna jalan raya antara Kg Bongkud dan Kg Napong 1 di sini merayu kepada kerajaan supaya menaik taraf jalan sejauh kira-kira 100 meter berkenaan kerana mengalami kerosakan teruk.

Ramai pengguna terutama pemilik kenderaan mendakwa kerosakan jalan raya itu menimbulka­n pebagai masalah terutama

“Terdapat keperluan untuk menaiktara­f jalan raya itu demi kemudahan para penduduk/ mereka” petani menghantar hasil pertanian

kenderaan kecil kerana keadaan berlubang-lubang, berselekoh dan berlumpur ketika musim hujan.

Menurut mereka, jalan raya itu juga laluan utama ke Serinsim Kota Marudu dan ke Kudat selain penghubung puluhan kampung sekitar Ulu Sugut Kaingaran di mana terdapat beberapa sekolah rendah, sekolah menengah dan Klinik Desa.

“Terdapat keperluan untuk menaiktara­f jalan raya itu demi kemudahan para penduduk/petani menghantar hasil pertanian mereka,” kata Atan Satrin, seorang kakitangan awam di SMK Ulu Sugut Malinsau.

Tinjauan ke lokasi jalan raya berkenaan pada Rabu mendapati sistem perparitan tidak sempurna menyebabka­n permukaan jalan mudah dihakis aliran air.

Keadaan itu menyebabka­n jalan berlubang-lubang sehingga merumitkan kelancaran pemanduan para pemilik kenderaan kecil. Keadaan itu bertambah teruk apabila dilalui oleh jentera berat terutama pengangkut­an jenis lori pemilik syarikat pembalakan.

Keadaan jalan raya menuju Kg Napong 1 turut mengalami kerosakan yang sama dan memerlukan pembaikan segera.

 ??  ?? ATAN SATRIN LUBANG ini didakwa ramai pengguna merosakkan tayar kenderaan mereka.
ATAN SATRIN LUBANG ini didakwa ramai pengguna merosakkan tayar kenderaan mereka.
 ??  ?? JALAN menuju Kg Nopong 1 Ranau.
JALAN menuju Kg Nopong 1 Ranau.
 ??  ?? ANTARA kerosakan jalan raya yang dimaksudka­n.
ANTARA kerosakan jalan raya yang dimaksudka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia