Utusan Borneo (Sabah)

DBDKK anjur program Gema Kasih sempena Bulan Kebajikan Negara

-

KOTA KINABALU: Desa Bina Diri Kota Kinabalu (DBDKK) di sini mengadakan program Gema Kasih Keceriaan dan Kebersihan sempena sambutan Bulan Kebajikan Negara 2017, Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Penguasa DBDKK merangkap pengerusi penganjur Jailani Majit berkata program itu diadakan bagi memupuk semangat terhadap amalan gotong-royong dalam kalangan penghuni DBDKK, pegawai dan kakitangan jabatan serta sukarelawa­n.

Katanya, seramai 200 orang terdiri dari sukarelawa­n kebajikan, penduduk Kampung Pulutan, pelatih Sekolah Tunas Bakti (STB), Rumah Kanak-Kanak (RKK) Beringgis, Taman Seri Puteri (TSP), Jabatan Bomba dan Penyelamat, dan Jabatan Pertanian Sabah hadir seterusnya menjayakan program itu.

“Alhamdulil­lah, sesungguhn­ya kehadiran tuan-tuan dan puan-puan amat kami hargai semoga Allah SWT saja yang dapat membalasny­a.

“Pada masa sama, apa yang penting objektif program ini antaranya adalah untuk memperkena­lkan kewujudan dan fungsi DBDKK kepada orang ramai khasnya golongan papa dan kutu rayau,” katanya kepada pemberita di sini.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Warga Emas Zulkiflie Hassan, Penolong Pengarah Bahagian Komuniti Dominic Chong, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Sabah Ismail Zakaria dan Penguasa Bomba Kanan 1 Hamsan Isnurdini.

Untuk rekod, DBDKK ditubuhkan di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977 dangan memberi perlindung­an dan pemulihan kepada golongan papa dan kuturayau.

Di Sabah, DBDKK ditubuhkan pada 2013 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 2014.

Dalam pada itu, gimik pelancaran program berkenaan dengan menanam pokok buah-buahan disempurna­kan oleh Timbalan Pengarah (P) Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sabah Dg Rogayah Ag Besar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia