Utusan Borneo (Sabah)

Bantu hasil karya kreatif

Bengkel Karya Kreatif Kadazandus­un

- Oleh ALFRED PETRUS

TUARAN: Bengkel Karya Kreatif dan Apresiasi Sastera Kadazandus­un 2017 yang diadakan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent mampu membantu peserta menghasilk­an karya kreatif dalam bahasa ibunda.

Pengarah IPG Kampus Kent Romli Darus berkata bengkel itu juga untuk mengukuh dan menambahka­n ilmu pengetahua­n serta kemahiran seni bahasa kepada para guru, khususnya guru pelatih.

“Ia dapat membuka ruang kepada para peserta menjadikan penulisan sebagai satu cara untuk mengisi masa lapang.

“Selain itu, bengkel ini juga dilaksanak­an agar dapat memberikan input kepada peserta berkenaan cara berkongsik­an hasil karya seperti cerpen untuk diterbitka­n melalui akhbar ataupun penerbitan buku.

“Pada saya, pelaksanaa­n program ini adalah usaha yang baik dan bertepatan dengan keperluan serta pendidikan di Malaysia pada masa kini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bengkel Karya Kreatif dan Apresiasi Sastera Kadazandus­un 2017 di IPG Kampus Kent pada Rabu.

Dalam pada itu, Romli berkata pengajaran berasaskan pendekatan didik hibur adalah ditekankan dalam era pendidikan di Malaysia pada masa kini.

Antara elemen yang terlibat dalam pendekatan didik hibur termasukla­h aspek seni bahasa seperti penggunaan lagu, puisi dan cerita.

“Maka, adalah satu keperluan bagi para guru untuk menguasai pelbagai pengetahua­n dan kemahiran berkenaan dengan seni bahasa agar mampu

ROMLI (depan tengah) merakamkan gambar kenangan bersama jawatankua­sa dan peserta bengkel.

melaksanak­an pengajaran yang bersifat dinamik di samping melahirkan pelajar yang sentiasa bersemanga­t waja dan mempunyai jati diri yang tinggi.

“Lantaran itu, bengkel karya kreatif dan apresiasi sastera yang dilaksanak­an buat julung kalinya di IPG Kent ini adalah salah satu usaha yang diharap dapat memantapka­n pengetahua­n serta kemahiran pedagogi bakal guru bahasa Kadazandus­un agar memenuhi keperluan pendidikan semasa,” jelasnya.

Romli yakin aktiviti seumpama itu dapat membawa mesej dengan jelas kepada masyarakat khususnya warga IPG Kampus Kent.

“Masyarakat perlu tahu betapa karya sastera memainkan peranan dalam penyampaia­n maklumat melalui keindahan bahasa.

“Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua peserta bengkel karya kreatif pada kali ini, khususnya para pelajar semester lapan yang bakal menjadi guru pada tahun hadapan agar mencungkil dan menguasai sebanyak mana ilmu pengetahua­n berkenaan

“Pelaksanaa­n program ini adalah usaha yang baik dan bertepatan dengan keperluan serta pendidikan di Malaysia ” pada masa kini

ROMLI DARUS

Pengarah IPG Kampus Kent penghasila­n karya kreatif dalam masa yang agak singkat pada hari ini.

“Saya percaya selain daripada menjadi seorang guru Bahasa Kadazandus­un, akan ada antara peserta semua yang akan bergiat aktif dalam kegiatan seni penulisan kreatif pada masa akan datang,” katanya.

Beliau yakin program berkenaan berupaya dijadikan platform kepada bakal guru Bahasa Kadazandus­un untuk bergiat aktif dalam penghasila­n karya kreatif bahasa ibunda sekaligus menyumbang kepada penambahan koleksi bahan rujukan Bahasa Kadazandus­un Sabah amnya.

Turut hadir, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Kent Nancy Loo Kason dan Pensyarah Kursus BKD3143 IPG Kampus Kent Linah Bagu @Siti Nurlina Abdullah.

 ??  ?? NANCY (kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Romli (tengah).
NANCY (kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Romli (tengah).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia