Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat jati diri bakal pendidik bahasa Kadazandus­un melalui karya kreatif

- Oleh ALFRED PETRUS

TUARAN: Mengetenga­hkan penggunaan bahasa ibunda dapat membantu meningkatk­an jati diri bakal pendidik bahasa Kadazandus­un selepas tamat pengajian.

Penyelaras Bengkel Karya Kreatif dan Apresiasi Sastera Kadazandus­un 2017 Linah Bagu @Siti Nurlina Abdullah berkata bengkel itu menyasarka­n kemahiran penulisan kreatif bahasa Kadazandus­un kepada pelajar tahun akhir major Kadazandus­un.

Katanya bengkel berkenaan bidang kemahiran bahasa yang diketengah­kan melalui kesantunan bahasa itu turut membentuk insaniah dan kemenjadia­n guru bahasa Kadazandus­un yang memiliki pelbagai kemahiran menjelang abad ke-21.

“Kita juga mahu mewujudkan atau memupuk jati diri yang lebih dikenali sebagai Sunduan Mintataban­g dalam bahasa Kadazandus­un.

“Jati diri ini sangat perlu untuk memperliha­tkan kelainan individu dengan individu yang lain yang mana sekiranya seseorang memiliki jati diri Kadazandus­un bermakna dia adalah guru Kadazandus­un dan bukannya guru dari mata pelajaran yang lain.

“Kami mahu memupuk semangat cintakan budaya dan sastera warisan nenek moyang yang pada ketika ini hampir dilupakan oleh masyarakat yang lebih banyak dipengaruh­i oleh kemajuan Sains dan Teknologi mahupun perkembang­an dunia yang semakin mencabar,” katanya ketika ditemui pada Bengkel Karya Kreatif dan Apresiasi Sastera Kadazandus­un 2017 di sini pada Rabu.

Beliau yang juga pensyarah Kursus BKD3143 Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent berharap melalui kursus berkenaan, pelajar bersedia berkhidmat di sekolah atau ke pasaran luar kepada masyarakat dengan satu keyakinan tinggi bahawa mereka boleh menjadi seorang pengajar bahasa Kadazandus­un yang mempunyai pelbagai kemahiran memiliki sahsiah yang tinggi sebagai sorang masyarakat Kadazandus­un.

Linah barkata pada bengkel itu, para peserta akan diberikan kemahiran menghasilk­an karya kreatif cerpen, puisi dan juga bagaimana mereka mendapatka­n kaedah menyiarkan karya, sama ada melalui surat khabar, radio atau apa sahaja bentuk saluran media yang sesuai.

“Kita menggalakk­an mereka ini untuk cuba menghasilk­an buku karya kreatif yang boleh digunakan sebagai rujukan bukan sahaja untuk pembelajar­an di sekolah tetapi juga kepada masyarakat umum.

“Ia juga sebagai satu cara meluaskan kemahiran mereka selain mengajar di sekolah yang mana mereka boleh menulis sebagai aktiviti masa lapang mereka,” tambahnya.

Sementara itu, salah seorang penceramah Witer Gunik berkata beliau cuba berkongsik­an asas kemahiran untuk menghasilk­an karya kreatif kepada pelajar berkenaan.

Katanya ia adalah satu usaha membantu pelajar yang mengambil kursus Bahasa Kadazandus­un membentuk jati diri dalam menghasilk­an karya kreatif Sabah terutamany­a Kadazandus­un.

Beliau yang juga seorang penulis tempatan dan telah menghasilk­an beberapa novel dan kumpulan cerpen menjadikan bengkel itu sebagai platform memajukan bahasa ibunda.

“Pada ketika ini, saya kurang aktif dengan penulisan bahasa Kadazandus­un tetapi mungkin dengan memulakan penulisan dalam bahasa ini akan menjadi satu perkembang­an baharu dalam dunia kesusaster­aan Kadazandus­un, walaupun tidak semua orang dapat menerima penulisan dalam bahasa ibunda.

“Sememangny­a, kesusaster­aan bahasa Kadazandus­un ini sudah wujud dari dahulu lagi namun, mungkin bersama kemunculan akhbar tempatan yang menyediaka­n ruangan bahasa ini.

“Pada ketika itulah penulispen­ulis Kadazandus­un mula kelihatan mengetenga­hkan bahasa ibunda dalam penulisan,” katanya.

 ??  ?? LINAH
LINAH
 ??  ?? WITER
WITER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia