Utusan Borneo (Sabah)

Perpaduan makin kukuh, jadi contoh kepada gagasan 1Malaysia

Perpaduan makin kukuh, jadi contoh kepada gagasan 1Malaysia

- Oleh JOHAN AZIZ menyampaik­an cendera kenangan kepada Pairin.

TAMBUNAN: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Jose p h Pairin Kitingan berkata Sabah terus membangun dengan jayanya sejak pembentuka­n Malaysia.

“Sabah kini menjadi sebuah negeri makmur, aman dan damai ditambah lagi dengan masyarakat­nya majmuk saling hormat menghormat­i antara satu sama lain tanpa mengira anutan agama, perbezaan kepercayaa­n dan warna kulit,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Kebangsaan peringkat daerah yang diada kandi Pi so m puru a n Squre di sini kelmarin.

Katanya, sikap dan keadaan seperti itu adalah aset utama kepada seluruh rakyat negeri ini dan perlu dibanggaka­n kerana ia masih kekal terpelihar­a sehingga ke hari ini.

Menurut beliau, tidak hairanlah Perdana Menteri telah menjadikan Sabah sebagai contoh kepada gagasan 1Malaysia.

Pairin yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur berkata, setiap kemerdekaa­n itu bermula dengan sebuah perjuangan murni dan pengorbana­n yang tiada tandingann­ya.

Katanya, sambutan Bulan Kemerdekaa­n adalah masa untuk rakyat memperinga­ti perjuangan pejuang kemerdekaa­n yang banyak berkorban untuk menuntut kemerdekaa­n suatu ketika dahulu.

“Sesungguhn­ya, perjuangan mereka bukanlah sesuatu yang mudah dan kerana pengorbana­n merekalah kita menjadi rakyat yang merdeka pada hari ini, bebas melakukan apa sahaja tanpa perlu memikirkan soal keselamata­n dan keganasan.

“Dalam menyambut kemerdekaa­n ini, kita perlu menunjukka­n rasa cinta kepada negara selain daripada berhimpun seperti ini khususnya kepada golongan belia.

“Contohnya, mendaki Gunung Wakid dengan membawa bendera Malaysia atau Sabah ataupun berbasikal di menara tinjau Sinurambi Tambunan dengan meletakkan bendera di basikal masing-masing, lebih-lebih lagi dalam Tahun Melawat Tambunan tahun ini,” katanya.

Pairin yang juga Ahli Parlimen Tambunan dan Adun Tambunan berkata, terdapat pelbagai lagi cara lain untuk menunjukka­n rasa cinta kepada negara ini dan terpulangl­ah kepada individu masing-masing untuk menzahirka­nnya selagi ia tidak melanggar undangunda­ng.

Beliau juga mengajak rakyat bertekad untuk terus memberi sumbangan dan kecintaan yang jitu tanpa berbelah bahagi kepada negara tercinta ini tanpa mengharapk­an apaapa balasan.

“Dalam masa yang sama juga, bimbinglah dan pupuklah semangat kemerdekaa­n di dalam diri generasi muda yang bakal mencorak negara di masa akan datang,” katanya.

Apa yang mustahak, kata Pairin, jangan lupa bahawa semua yang dikecapi pada hari ini tidak berlaku dengan sekelip mata.

Menurut beliau, semua yang diperolehi berkat usaha para pemimpin lampau dan pemimpin terdahulu hinggalah ke era kerajaan yang ada pada hari ini dan berharap Malaysia akan terus makmur dan sejahtera untuk selama-lamanya.

Pada majlis yang dihadiri lebih 1,000 orang itu turut diadakan ceramah keselamata­n yang disampaika­n oleh Pegawai Esscom Inspektor Mohd Fakzul Hisham Ahmad Razi dan dari Jabatan Hal Ehwal

“Sabah kini menjadi sebuah negeri makmur, aman dan damai ditambah lagi dengan masyarakat­nya majmuk saling hormat menghormat­i antara satu sama lain tanpa mengira anutan agama, perbezaan ” kepercayaa­n dan warna kulit.

Khas (Jasa) oleh Penolong Pengarah Masilin Ibrahim.

Pairin bersama Pegawai Daerah yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pelaksana Thomas Logijin kemudian berarak bersama ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutua­n, pemimpin masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pelajar sekolah mengelilin­gi Pekan Tambunan dengan membawa bersama Jalur Gemilang dan bendera Sabah.

TAN SRI JOSEPH PAIRIN KITINGAN Timbalan Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ?? THOMAS
THOMAS
 ??  ?? PAIRIN dan Thomas mengetuai perarakan Hari Kebangsaan mengelilin­g Pekan Tambunan dengan mengibarka­n Jalur Gemilang dan bendera Sabah.
PAIRIN dan Thomas mengetuai perarakan Hari Kebangsaan mengelilin­g Pekan Tambunan dengan mengibarka­n Jalur Gemilang dan bendera Sabah.
 ??  ?? PAIRIN menyampaik­an cendera kenangan kepada Fakzul Hisham. Turut kelihatan Thomas.
PAIRIN menyampaik­an cendera kenangan kepada Fakzul Hisham. Turut kelihatan Thomas.
 ??  ?? SEBAHAGIAN orang ramai yang menghadiri sambutan itu sambil menyanyika­n Jalur Gemilang.
SEBAHAGIAN orang ramai yang menghadiri sambutan itu sambil menyanyika­n Jalur Gemilang.
 ??  ?? PAIRIN menyampaik­an cendera kenangan kepada Masilin.
PAIRIN menyampaik­an cendera kenangan kepada Masilin.
 ??  ?? CARDIOFIR senaman pemanasan badan.
CARDIOFIR senaman pemanasan badan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia