Utusan Borneo (Sabah)

Eratkan kerjasama dua negara

Melalui khidmat bantu kepakaran Pusat Sumber di bawah Sosek Malindo

-

BERPEGANG kepada pepatah ‘jauh berjalan, luas pandangan, banyak pengalaman’, kumpulan Guru Perpustaka­an dan Media (GPM) dan Unit Bimbingan Kaunseling (UBK) Daerah Tawau telah mengadakan Program Kembara Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah (KKBPSS) di Nunukan, Indonesia.

Program dibawah nama Sosek Malindo itu mendapat kerjasama penuh daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah melalui Pejabat Pendidikan dan Pusat Kegiatan Guru Daerah Tawau serta Dinas Pendidikan Nasional Kabupaten Nunukan, Indonesia.

Program Sosek Malindo yang disertai seramai 21 orang yang terdiri dari GPM dan UBK Tawau telah melawat dan mengadakan khidmat bantu di Sekolah Dasar Negeri (SDN) 002 bagi sekolah rendah dan Sekolah Menengah Pertama (SMP) 01 di Nunukan.

Program itu bertujuan menjalinka­n hubungan antarabang­sa di antara dua negara - Malaysia dan Indonesia. Selain menjadi antara aktiviti program tahunan GPM daerah Tawau, ia juga merupakan satu program yang amat baik untuk memperkena­lkan sistem pusat sumber yang dilaksanak­an di Malaysia.

Bercakap mengenai program itu, penyelaras program Prasad Ridwan dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Titingan, Tawau berkata matlamat utama program adalah menjalin hubungan kerjasama dalam pengurusan pusat sumber sekolah antara GPM merentas sempadan Malaysia dan Indonesia.

Katanya, “Melalui program ini, GPM kedua-dua negara dapat berkongsi pengalaman dan pengetahua­n dalam menjadikan pusat sumber sekolah cemerlang untuk kemudahan pelajar memperoleh­i ilmu pendidikan yang terkini.”

Beliau berkata, program itu dapat dijadikan sebagai landasan kepada GPM baru dan lama membina keyakinan diri melalui aktiviti perkongsia­n ilmu pusat sumber sekolah.

Tambahnya, program itu dapat membuka minda GPM dengan suasana dan pengalaman yang baharu mereka temui untuk mecetuskan idea baharu dan membina pusat sumber mereka mengikut kreativiti apabila kembali ke sekolah.

Jumiati Suprano selaku Pegawai Teknologi Pendidikan di Pusat Kegiatan Guru Tawau berkata program itu dapat merealisas­ikan hasrat negara untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang merentas sempadan.

“Program ini dapat memberikan pendedahan kepada ahli GPM Tawau tentang budaya luar dan pengetahua­n baharu selain sedia ada serta dapat mewujudkan keakraban dan jalinan perkongsia­n ilmu pusat sumber antara GPM dan memberi inspirasi baharu yang boleh diaplikasi­kan di sekolah mereka,” katanya.

Program yang berlangsun­g selama tiga hari dua malam itu banyak membantu sekolah yang terlibat dalam pengurusan pusat sumber. Selain itu, program juga banyak membantu guru perpustaka­an dari keduadua negara berkongsi idea serta kepakaran masingmasi­ng dalam mengurus pusat sumber sekolah masing-masing.

Salah seorang peserta program, Irebeh Sabara yang juga GPM SK Holy Trinity berkata melalui program itu, GPM Tawau dapat berkongsi kemahiran pusat sumber sedia ada dengan guru perpustaka­an di kedua-dua sekolah yang terlibat.

“Melalui program ini, secara tidak langsung ia dapat mengangkat martabat ilmu kemahiran pusat sumber dan dapat membantu memperbaik­i sistem yang sedia ada serta menginovas­ikan pusat sumber sekolah.

“Di samping dapat menjadikan program ini sebagai sebagai salah satu bentuk kebitaraan pusat sumber sekolah, ia juga dapat mengangkat pusat sumber sekolah sebagai salah satu nadi ilmu dalam kalangan pelajar sekolah khususnya

untuk sekolah-sekolah dalam daerah Tawau,” katanya.

Mengulas program itu, Ridwan As SOS selaku Ketua Unit Pembanguna­n dari Dinas Pendidikan Nasional Kabupaten Nunukan berkata pihak Dinas Nunukan mengiktira­f dan mengangkat martabat ilmu kemahiran pusat sumber yang yang diberikan sepanjang program itu.

Jelasnya melalui kerjasama antara kedua negara serumpun itu, secara tidak langsung ia dapat membantu mereka memperbaik­i sistem yang sedia ada dan menambah kecekapan pelaksanaa­n sistem pengurusan pusat sumber di sekolah yang terpilih.

Dalam sesi KKBPSS itu juga, Dinas Nunukan sempat membawa peserta untuk melawat sekitar sekolah-sekolah dalam kawasan Nunukan. Antara keistimewa­an yang dilihat sepanjang sesi lawatan itu ialah pelaksanaa­n kebitaraan ataupun identiti sekolah Dinas Nunukan. Kebitaraan sekolah itu dapat ditunjukka­n melalui warna bangunan sekolah berkenaan. Ia memudahkan pihak Dinas Nunukan meningkatk­an pendidikan melalui identiti yang ditunjukka­n pada sekolah itu.

Selain itu, Dinas Nunukan juga bekerjasam­a dengan pihak polis Nunukan dengan mewujudkan sekolah dalam balai bagi anak-anak yang kurang berkemampu­an. Kerjasama itu bertujuan mengatasi masalah gelandanga­n dan usaha mengurangk­an kes jenayah.

Sosek Malindo adalah satu program murni yang dapat mengeratka­n lagi hubungan di antara kedua negara serumpun itu. Program dilaksanak­an bagi memperoleh­i hasil yang positif di mana ilmu pengetahua­n perpustaka­an boleh dikongsi bersama dan dimanfaatk­an untuk kepentinga­n bersama.

Kerjasama yang jitu dari kedua-dua negara itu berjaya meningkatk­an mutu pendidikan di keduadua negara yang berjiran di samping menambah kemahiran baharu dan pengetahua­n dalam pengurusan perpustaka­an di antara kedua-dua

negara.

“Melalui program ini, GPM kedua-dua negara dapat berkongsi pengalaman dan pengetahua­n dalam menjadikan pusat sumber sekolah cemerlang untuk kemudahan pelajar memperoleh­i ilmu pendidikan yang terkini.”

PRASAD RIDWAN Penyelaras program

 ??  ?? ROMBONGAN dibawa melawat ke POLRES Nunukan oleh wakil Dinas Nunukan bersama guru dari SMP 01 dan SDN 002.
ROMBONGAN dibawa melawat ke POLRES Nunukan oleh wakil Dinas Nunukan bersama guru dari SMP 01 dan SDN 002.
 ??  ?? ROMBONGAN dari kumpulan satu bersama guru perpustaka­an SDN 002 sebelum menjalanka­n Khidmat bantu kepakaran perpustaka­an di sekolah itu.
ROMBONGAN dari kumpulan satu bersama guru perpustaka­an SDN 002 sebelum menjalanka­n Khidmat bantu kepakaran perpustaka­an di sekolah itu.
 ??  ?? LAWATAN penanda aras bersama wakil Dinas Nunukan serta wakil guru-guru dari SDN 002 dan SMP 01 di jeti Nunukan sebelum masuk ke pintu berlepas pulang ke Tawau.
LAWATAN penanda aras bersama wakil Dinas Nunukan serta wakil guru-guru dari SDN 002 dan SMP 01 di jeti Nunukan sebelum masuk ke pintu berlepas pulang ke Tawau.
 ??  ?? PESERTA menyusun atur rak buku perpustaka­an bagi memperkema­skan lagi perpustaka­an di sekolah berkenaan.
PESERTA menyusun atur rak buku perpustaka­an bagi memperkema­skan lagi perpustaka­an di sekolah berkenaan.
 ??  ?? PELAJAR SDN 002 turut memberikan kerjasama semasa menjalanka­n khidmat bantu kepakaran di perpustaka­an.
PELAJAR SDN 002 turut memberikan kerjasama semasa menjalanka­n khidmat bantu kepakaran di perpustaka­an.
 ??  ?? JUMIATI
JUMIATI
 ??  ?? RIDWAN
RIDWAN
 ??  ?? IREBEH
IREBEH
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia