Utusan Borneo (Sabah)

Semarak penghayata­n kemerdekaa­n di desa

Program Moh Ngeteh Merdeka @KKLW

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

TUNGKU: Program Moh Ngeteh Merdeka @ Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Peringkat Daerah Kecil Tungku menyemarak­kan lagi penghayata­n masyarakat luar bandar mengenai kemerdekaa­n.

Program yang dianjurkan KKLW melalui Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) itu dihadiri lebih kurang 300 orang terdiri pelajar tadika, ibu bapa dan penduduk Kampung Segangan serta sekitarnya di dewan serbaguna kampung itu.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Tungku Abd Momen Angchai berkata, program itu bermanfaat kepada masyarakat terutamany­a di luar bandar.

Katanya, dengan memberi tumpuan pada aktiviti pendidikan, ia melahirkan percambaha­n minda khususnya kanak-kanak.

“Kanak-kanak perlu diberikan perhatian yang cukup agar mereka mendapat pendidikan yang secukupnya lebih-lebih lagi mengenai sejarah kemerdekaa­n negara.

“Apabila mereka mengetahui sejarah dan mencintai ilmu, mereka akan memiliki jiwa patriotism­e selain nilai-nilai murni sebagai warganegar­a Malaysia yang berjasa di masa depan,” katanya.

Momen yang juga Ahli Jawatankua­sa Umno Bahagian Silam berkata demikian ketika berucap merasmikan program itu, di sini pada Isnin.

Beliau turut menggesa agar isu bapa di luar bandar tidak meletakkan alasan berada jauh dari pusat bandar sebagai penghalang memberi pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak.

Ia kerana, kerajaan melalui pelbagai agensinya seperti Kemas menyediaka­n kelas tadika untuk memberi pelajaran secara percuma di peringkat awal.

Namun begitu, beliau berkata mereka juga tidak boleh meletakkan sepenuhnya tugas memberi ilmu pengetahua­n kepada guru-guru sebaliknya perlu meluangkan masa secukupnya untuk membantu perkembang­an pengajaran secukupnya di rumah.

Moh Ngeteh Merdeka @ KKLW disambut serentak di 12,246 lokasi di seluruh negara pada Isnin yang mencatatka­n kirakira satu juta komuniti KKLW menjayakan­nya.

Program itu bertujuan

“Kanak-kanak perlu diberikan perhatian yang cukup agar mereka mendapat pendidikan yang secukupnya lebih-lebih lagi mengenai sejarah kemerdekaa­n negara.Apabila mereka mengetahui sejarah dan mencintai ilmu, mereka akan memiliki jiwa patriotism­e selain nilai-nilai murni sebagai warganegar­a Malaysia yang depan.” berjasa di masa TUNGKU ABD MOMEN ANGCHAI Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat

MOMEN mengetuai laungan merdeka bersama pelajar dan ibu bapa yang hadir.

menyemai semangat patriotik dalam kalangan warga KKLW dan orang awam agar sentiasa mengingati jasa dan pengorbana­n negarawan terdahulu dalam usaha memerdekak­an negara.

 ??  ??
 ??  ?? SEORANG pelajar mengetuai bacaan ikrar.
SEORANG pelajar mengetuai bacaan ikrar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia