Utusan Borneo (Sabah)

Lapan pencuri motosikal ditahan

Hasil operasi polis dalam tujuh serbuan berasingan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Polis menahan lapan individu lelaki dalam tujuh serbuan berasingan selepas dipercayai terbabit kegiatan mencuri motosikal di kawasan Inanam dan beberapa kawasan lain sekitar sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, enam daripada lapan suspek lelaki berumur 18 sehingga 36 tahun yang ditahan turut terbabit dalam penyalahgu­naan dadah.

Pihaknya menjalanka­n Ops Lejang selepas menerima dua aduan daripada pemilik motosikal berumur 33 dan 32 tahun yang melaporkan motosikal yang diletakkan di kawasan Tugu Pekan Inanam dan Kolombong dilarikan pencuri.

“Bertindak daripada maklumat yang diterima, kita menjalanka­n operasi menjejaki suspek dengan menyerbu beberapa kawasan bermula 22 Ogos sehingga 11 September.

“Hasil serbuan berjaya menahan lapan lelaki warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes curi motosikal di Inanam serta beberapa kes lain di sini,” katanya.

Beliau berkata semasa penahanan suspek, pihaknya turut merampas beberapa barangan termasuk tiga motosikal pelbagai jenis, rangka motosikal, tiga set enjin motosikal, dua telefon bimbit dan beg silang.

Anggaran keseluruha­n rampasan adalah bernilai RM6,000.

Chandra berkata siasatan lanjut mendapati suspek menggunaka­n modus operandi dengan merosakkan kunci motosikal dan mencabut wayar kunci sebelum menghidupk­an motosikal secara manual.

Suspek juga akan menendang ‘handle lock’ motosikal sehingga patah sebelum melarikan motosikal mangsa.

“Dengan tertangkap­nya lapan suspek ini kita percaya pihak polis berjaya menyelesai­kan lapan kes kecurian motosikal di daerah ini.

“Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun serta tidak lebih tujuh tahun jika sabit kesalahan,” katanya.

Beliau turut menasihatk­an orang awam agar memasang kunci pendua dan tidak meletakkan motosikal di kawasan sunyi bagi mengelak dicuri.

“Enam daripada lapan suspek lelaki berumur 18 sehingga 36 tahun yang ditahan turut terbabit dalam penyalahgu­naan dadah.” ASISTEN KOMISIONER M CHANDRA Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu

 ??  ?? ANTARA motosikal serta rangka motosikal yang berjaya dirampas semasa serbuan dalam Ops Lejang di lapan lokasi berasingan.
ANTARA motosikal serta rangka motosikal yang berjaya dirampas semasa serbuan dalam Ops Lejang di lapan lokasi berasingan.
 ??  ?? MOTOSIKAL mangsa yang berjaya dikesan pihak polis.
MOTOSIKAL mangsa yang berjaya dikesan pihak polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia