Utusan Borneo (Sabah)

Padah elak pemeriksaa­n penguatkua­sa trafik

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Tindakan seorang lelaki memecut laju kenderaan bagi mengelak daripada pemeriksaa­n anggota trafik membawa padah apabila kenderaann­ya hilang kawalan lalu terbalik, dalam kejadian yang berlaku di hadapan Kem Aksar, di sini pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata, kejadian kira-kira jam 9 pagi itu berlaku semasa anggota penguatkua­sa trafik hendak membuat pemeriksaa­n ke atas sebuah kenderaan jenis Proton Saga di hadapan Pasar Rakyat.

Pemandu terbabit yang berusia 40-an kemudianny­a telah bertindak memecut kenderaann­ya bagi melarikan diri daripada pemeriksaa­n dan hampir melanggar anggota bertugas.

“Susulan tindakan individu itu, anggota bertugas kemudianny­a bertindak mengejar kenderaan berkenaan dan apabila sampai di hadapan kem askar, kenderaan yang dipandu lelaki itu telah hilang kawalan lalu terbalik.

“Siasatan di tempat kejadian turut mendapati lelaki terbabit tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan turut tidak memiliki lesen memandu. Akibat kemalangan lelaki itu juga, lelaki itu mengalami cedera ringan di bahagian siku. Dia kemudianny­a dibawa ke balai polis untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

Menurut Hamza, kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkut­an Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayak­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia