Utusan Borneo (Sabah)

Kempen Seamless 4U Senheng tawar pelbagai promosi menarik

-

KUALA LUMPUR: Bersempena dengan Ulangtahun ke-28, syarikat pengedar kelengkapa­n barangan elektrik Senheng Electric (KL) Sdn Bhd (Senheng) akan mengadakan kempen yang bertema ‘Seamless 4U’ buat pelangggan­nya.

Kempen yang berlansung pada 1 September hingga 30 November ini juga merupakan cara Senheng memperkena­lkan hala tuju perniagaan mereka iaitu ‘Seamless Business Model’.

Pengarah Urusan Lim Kim Heng berkata, konsep Seamless 4U dipilih kerana Senheng ingin mengadapta­si model rentas saluran perniagaan untuk meningkatk­an pengalaman pelanggan ketika membeli belah di Senheng.

“Objektif utama kami ialah untuk memastikan pelanggan kami mendapat maklumat tentang produk yang sesuai dengan keperluan mereka. Kami ingin menyediaka­n perkhidmat­an yang meningkatk­an lagi pengalaman pelanggan, dan akhirnya memberi perkhidmat­an yang lebih bermutu.

“Ini kerana, apabila mempunyai hubungan yang baik dengan pelanggan, ia akan membuatkan prestasi syarikat meningkat dan kesetiaan yang lebih tinggi dalam kalangan pelanggan kerana mereka menganggap peruncit itu sebagai orang yang memahami dan menghargai mereka.

“Kami memandang serius perkhidmat­an yang kami sediakan agar keperluan pelanggan dapat dicapai. Dalam erti kata lain, ia melibatkan kelancaran dalam semua aspek seperti pembelian, penggantia­n barang dan promosi,” katanya.

Tambah beliau lagi, untuk kempen Seamless 4U ini, Senheng akan menggunaka­n data yang meluas untuk menyampaik­an maklumat yang berterusan, relevan kepada setiap pembeli (sebelum, semasa dan selepas pembelian ).“Sejajar dengan kempen Seamless 4U, kami memberi ganjaran kepada ahli PlusOne kami dengan tawaran hebat iaitu baucer bernilai RM5 juta yang akan diberikan, diskaun ulangtahun khas sehingga 40 peratus, Pembayaran Mudah Faedah rendah 0.88 peratus dengan Skim Bayaran Mudah AEON, dan banyak lagi,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia