Utusan Borneo (Sabah)

Melihat keindahan senja di Tanah Lot

-

MAHU tahu dimana tempat paling indah melihat senja di Pulau Bali? Atau dimana tempat melihat senja paling indah di pulau Bali?

Untuk kedua-dua pertanyaan itu, saya memilih Tanah Lot. Keindahan senja di Tanah Lot sangat memukau dan sukar dilupakan. Sampai sekarang, walaupun sudah beberapa waktu berlalu, kenangan ketika berkunjung ke Tanah Lot dan menanti matahari masuk ke dalam laut adalah satu pengalaman indah yang sukar digambarka­n.

Salah satu tempat yang perlu dikunjungi jika anda ke Bali ialah Tanah Lot, yang agak terkenal dengan Pura Luhur Tanah Lot, sebuah tempat suci bagi masyarakat Bali yang beragama Hindu. Di sinilah salah satu tempat terbaik untuk melihat senja terindah di Pulau Bali.

Ketika kami tiba di Tanah Lot, ribuan pengunjung sudah berada di situ. Kini Tanah Lot menjadi tempat paling popular untuk melihat matahari terbenam. Pura Tanah Lot pula terletak di tepi pantai, di atas sebuah batu karang laut yang kukuh dan kuat menghadap Lautan Hindi manakala di sebelah baratnya terdapat pura Batu Bolong yang tidak kalah indahnya.

Masyarakat pulau Dewata ini sangat menjaga kesucian dan kelestaria­n tempat suci ini. Tanah Lot terletak di Desa Beraban, Kecamatan Kediri, Kabupaten Tabanan di pesisir Selatan Pulau Bali, kira-kira 25 kilometer dari Denpasar.

Pura Tanah Lot mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Tetapi antara yang menarik ialah mitos berkaitan ular suci yang terdapat di pura itu dipercayai sebagai penjaga atau penyelamat dari serangan serangan jahat yang cuba mengganggu kesucian pura. Ular suci dari jenis Bungarus Candidus adalah jenis ular laut yang sangat berbisa, berwarna hitam dan putih ditubuhnya.

Ular ini dikatakan akan menyerang siapa saja yang ingin melakukan perkara yang jahat dan cuba merosak kesucian Pura Tanah Lot. Meskipun begitu, ular yang terdapat dalam gua di sudut karang itu tetap diam jika tidak diganggu dan pengunjung boleh menyentuh ular ini tanpa rasa khuatir dengan bantuan pawang ular yang mengerti mengenai ular itu.

Itulah antara mitos yang terdapat di Tanah Lot. Kini Tanah Lot adalah destinasi pelancong yang sangat terkenal di dunia dan menjadi salah satu objek pelanconga­n terbaik di pulau Bali.

Setiap hari ribuan pengunjung domestik dan pelancong luar negara berkunjung ke Tanah Lot yang terkenal dengan keindahann­ya. Biasanya waktu terbaik berkunjung ke Tanah Lot ialah sekitar jam 4.00 hingga jam 7.00 petang. Melihat keindahan senja di Tanah Lot membuatkan saya ingin sekali lagi berkunjung ke pulau itu.

 ??  ?? PENGUNJUNG luar dan dalam negara tidak melepaskan peluang untuk melawat pura Tanah Lot.
PENGUNJUNG luar dan dalam negara tidak melepaskan peluang untuk melawat pura Tanah Lot.
 ??  ?? SEBUAH lorong di sekitar Tanah Lot dipenuhi pengunjung.
SEBUAH lorong di sekitar Tanah Lot dipenuhi pengunjung.
 ??  ??
 ??  ?? KELIHATAN pengunjung mengambil kesempatan bergambar di waktu senjasempe­napersiapa­nperkawina­n mereka di Tanah Lot.
KELIHATAN pengunjung mengambil kesempatan bergambar di waktu senjasempe­napersiapa­nperkawina­n mereka di Tanah Lot.
 ??  ?? SALAH sebuah gerai yang terdapat di kawasan Tanah Lot.
SALAH sebuah gerai yang terdapat di kawasan Tanah Lot.
 ??  ?? PENULIS bergambar dengan sebuah kenderaan di Bali.
PENULIS bergambar dengan sebuah kenderaan di Bali.
 ??  ?? SALAH satu permandang­an di Tanah Lot.
SALAH satu permandang­an di Tanah Lot.
 ??  ?? PURA Tanah Lot.
PURA Tanah Lot.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia