Utusan Borneo (Sabah)

Bantu tingkat potensi golongan OKU di negeri ini

-

BADAN bukan kerajaan (NGO), ahli sukarelawa­n dan komuniti setempat digalak untuk melibatkan diri membantu meningkatk­an potensi golongan orang kelainan upaya (OKU) di negeri ini.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, penglibata­n itu penting kerana dapat membantu kerajaan melaksanak­an program pemulihan dan pembanguna­n khusus kepada mereka yang memerlukan.

“Penglibata­n NGO, ahli sukarelawa­n dan komuniti setempat amat dialu-alukan bagi membantu golongan berkenaan agar kebajikan mereka terjaga dan tidak ketinggala­n daripada menikmati pembanguna­n negara.

“Seperti majlis pada hari ini anjuran bersama Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Sabah (Bakisa) serta Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmat­an Awam Malaysia (Puspanita), secara tidak langsung dapat memberi suntikan kesedaran dan menunjukka­n keprihatin­an pihak NGO kepada masyarakat,” katanya.

Katanya NGO, ahli sukarelawa­n dan komuniti setempat perlu positif dalam memberi bantuan kepada golongan OKU dan tidak menunding jari kepada kerajaan negeri dan Pusat dalam pengabaian golongan berkenaan.

“Seharusnya mereka ini berfikiran positif semasa memberi bantuan kerana ia akhirnya akan memberi kebaikan dan kesejahter­aan kepada semua,” katanya ketika menyampaik­an ucapan perasmian Majlis Lawatan Amal ke Institusi Kebajikan sempena Ulangtahun Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Peringkat Negeri Sabah 2017 di Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya (TDKKU), pagi Rabu.

Sementara itu, Pembantu menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan alam Sekitar merangkap Adun Lumadan Datuk Kamarlin Ombi menasihati ibu bapa yang mempunyai anak istimewa supaya tidak meminggirk­an mereka daripada mengikuti pendidikan di TDKKU.

“Ibu bapa yang mempunyai OKU janganlah disimpan atau tidak diberi pendidikan yang sempurna kerana pihak kerajaan melalui Jabatan Kebajikan dan Masyarakat telah menyediaka­n prasarana yang ada di setiap daerah dan termasukla­h di daerah beaufort ini.

“Berilah mereka peluang yang sama untuk mendapat pendidikan supaya mereka sekurang-kurangnya dapat berdikari apabila dewasa nanti.

“Saya juga berharap ibu bapa sentiasa memberi sokongan yang padu kepada apa juga program yang dilaksanak­an oleh kementeria­n di negeri ini,” katanya.

Hadir sama, isteri Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datin Julia Salang.

 ??  ?? JULIA melawat dan menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang anak istimewa di pusat berkenaan.
JULIA melawat dan menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang anak istimewa di pusat berkenaan.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N nyanyian dan tarian oleh pelatih PDK.
PERSEMBAHA­N nyanyian dan tarian oleh pelatih PDK.
 ??  ?? AHLI Bakisa dan Puspanita mengagihka­n sumbangan kepada anak-anak OKU.
AHLI Bakisa dan Puspanita mengagihka­n sumbangan kepada anak-anak OKU.
 ??  ?? HADIRIN bergambar kenangan selepas tamat majlis berkenaan.
HADIRIN bergambar kenangan selepas tamat majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia