Utusan Borneo (Sabah)

LESTARY

-

TV3, jam 9.02 malam

Miss Kapten Cikgu Waiz - Mengisahka­n seorang juruterban­g, Khalisha yang tidak berkenan untuk bercinta kerana trauma dengan tindakan ayahnya, Pak Megat yang berkahwin baharu. Khalisha mempunyai paras rupa yang cantik sehingga menjadi kegilaan ramai juruterban­g di lapangan terbang tempatnya bekerja. Namun, Khalisha tidak pernah memberi perhatian kepada mereka. Khalisha juga membantu ibunya untuk menyara adiknya, Kamarul yang bakal menduduki peperiksaa­n SPM. Di sekolah Kamarul, Cikgu Waiz seorang guru yang tampan dan berwawasan, yang menjadi kegilaan guru-guru wanita. Cikgu Waiz merupakan guru dan abang kepada rakan karib Kamarul, Wahida. Takdir menemukan Cikgu Waiz dengan Khalisha. PELAKON: Erwin Dawson, Neera Azizi, Amir Nafis, Daniella Sya, Afieq Shazwan, Fadil Dhani, Lizza Abdullah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia