Utusan Borneo (Sabah)

Pelaksanaa­n program kesihatan sentiasa disokong

KM janjikan sokongan peribadi terhadap usaha memudahkan dan membolehka­n pelaksanaa­n program

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg menjanjika­n sokongan peribadi sepenuhnya terhadap usaha memudahkan dan membolehka­n pelaksanaa­n program kesihatan di Sarawak.

Menurutnya sejak beberapa dekad lalu, Sarawak mengalami banyak wabak penyakit berjangkit seperti malaria, tibi serta penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

“Tidak ada perkara yang dapat menghalang kita daripada menyasari jadual masa yang jauh lebih cepat untuk membasmi semua jenis penyakit berjangkit.

“Lebih cepat kita mencapai sasaran mengawal dan membasmi penyakit berjangkit sekarang, kita akan lebih berjaya menjimatka­n sumber kita yang bernilai untuk hari esok,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidanga­n Kesihatan Awam Asia Pasifik Ke-5 di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Isnin.

Pada masa sama, beliau turut menyatakan penghargaa­n kepada Kementeria­n Kesihatan Malaysia atas pengorbana­n, usaha dan masa mereka untuk menangani masalah tersebut terutama Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan kemudahan di bawah bidang kuasanya.

Selain itu, Abang Johari berkata buat masa sekarang, Sarawak dan Malaysia amnya turut berdepan dengan beban penyakit tidak berjangkit yang serius seperti diabetes, hipertensi, masalah penggunaan tembakau, kanser dan banyak lagi.

Justeru, beliau berharap persidanga­n tersebut dapat menyediaka­n penyelesai­an bagi Sarawak, negara malah pada peringkat serantau.

“Kita mempunyai tugas yang begitu banyak di hadapan kita dalam usaha memerangi perkara ini bersama,” katanya.

Sementara itu, Abang Johari berkata berbanding perkhidmat­an kesihatan yang banyak di bandar, kebanyakan kawasan luar bandar Sarawak hanya dapat diakses oleh pengangkut­an sungai.

Jelasnya, kawasan luar bandar terpencil yang terletak di luar kawasan operasi klinik kesihatan, kira-kira 12 kilometer dan tidak dapat diakses menerusi jalan darat atau sungai, telah menerima perkhidmat­an ‘doktor terbang’ yang ditubuhkan pada 1973 dan masih berfungsi sehingga kini.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, Presiden Kolej Perubatan Kesihatan Awam, Akademi Perubatan Malaysia Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr Jamilah Hashim.

“Tidak ada perkara yang dapat menghalang kita daripada menyasari jadual masa yang jauh lebih cepat untuk membasmi semua jen is ” penyakit berjangkit. DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? ABANG Johari melakukan simbolik perasmian Persidanga­n Kesihatan Awam Asia Pasifik Ke-5 di sebuah hotel terkemuka di Kuching, kelmarin sambil disaksikan Dr Sim (kanan), Dr Lokman (dua kanan), Asfia (dua kiri), Dr Jamilah (empat kiri) serta tetamu...
ABANG Johari melakukan simbolik perasmian Persidanga­n Kesihatan Awam Asia Pasifik Ke-5 di sebuah hotel terkemuka di Kuching, kelmarin sambil disaksikan Dr Sim (kanan), Dr Lokman (dua kanan), Asfia (dua kiri), Dr Jamilah (empat kiri) serta tetamu...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia