Utusan Borneo (Sabah)

Keturunan Dulasim mantapkan ikatan kekeluarga­an

- Oleh JAINUDIN NASIR

RUMPUN Dulasim Kg Kimaraang Ranau mempunyai visi, misi serta wawasan untuk memantapka­n ikatan kekeluarga­an agar pertalian serta persaudara­an mereka akan berkekalan.

Rumpun Dulasim telah diwujudkan pada 1 Januari 2014 atas kesedaran ramai dalam kalangan generasi muda tidak lagi mengenali keturunan keluarga mereka.

Ia mencetuska­n idea beberapa ketua keluarga keturunan itu untuk mengadakan majlis hari keluarga mereka pada tahun 2014 diasaskan oleh Kairin Umat yang menjadi presiden rumpun keluarga berkenaan.

Pertemuan keluarga itu akhirnya mewujudkan Rumpun Dulasim, mengambil nama moyang mereka Aki Dulasim bagi menyatukan keluarga agar persaudara­an berkekalan.

Visinya adalah menjadikan rumpun itu relevan, ada hala tuju, proaktif, bekerjasam­a serta terus maju menjelang tahun 2040.

Manakala, misinya pula memberi pendedahan dan didikan kepada generasi muda supaya menghormat­i, menyayangi, bertolak ansur kepada orang tua serta keluarga sendiri dan orang lain tanpa mengira agama suku kaum dan ideologi politik.

Untuk mencapai tujuan itu, mendorong mereka mengadakan Majlis Hari Keluarga Rumpun Dulasim kali ke-2 di perkaranga­n rumah salah seorang ahli keluarga di kampung itu yang telah dihadiri wakil rumpun puluhan ahli keluarga keturunan keluarga berkenaan termasukla­h Rumpun Jimbun, Rumpun Tukori, Rumpun Aron, Rumpun Kamai, Rumpun Ranggis dan Rumpun Manduraman­g.

Majlis Rumpun Dulasim itu bertemakan ‘Iso Ginawo, Iso Pisompurua­n’ (Satu Hati, Satu Perpaduan) menjadi lagu keramat mereka.

Walaupun diadakan secara sederhana, namun amat meriah kerana bukan sahaja dihadiri lebih 80 ahli keluarga malah telah diserikan dengan pelbagai acara seperti sukaneka, karaoke terbuka, karaoke rumpun, cabutan nama keluarga bertuah, memotong kek warga emas dan banyak lagi, yang bertujuan memberi ruang dan peluang kepada para ahli keluarga mereka berkenalme­sra dengan lebih dekat lagi.

Hari Keluarga Dulasim itu menyatu-padu dan mengeratka­n hubungan keluarga yang telah lama tidak bertemu kerana terpisah mengikuti keluarga serta lokasi kerjaya masing-masing.

Pengerusi jawatankua­sa pelaksana, Lasous Gurandi dalam ucapannya berterima kasih dan memuji semua yang terlibat menjayakan majlis itu.

Beliau berkata, meskipun Rumpun Dulasim satu keluarga kecil tetapi mampu menganjurk­an majis hari keluarga dengan jayanya serta cukup meriah.

“Kita mengharapk­an majlis Hari Keluarga Rumpun Dulasim ini menjadi contoh terbaik kepada rumpun keluarga yang lain,” katanya.

Kairin dalam ucapannya menyeru semua ahli keluarga rumpun itu supaya merubah

sikap dengan memperbaik­i kelemahan yang ada dan menguatkan lagi budaya bekerjasam­a untuk terjus maju cemerlang setanding dengan rumpun keluarga yang lain.

Beliau juga berterima kasih di atas kerjasama semua yang terlibat terutama Penasihat Rumpun Dulasim Jalubi Saimin, Timbalan Presiden Stephen Kalin dan barisan AJK tertinggi kerana memberi sokongan padu dalam menjayakan majlis itu.

“Dengan adanya kerjasama daripada semua pihak telah membolehka­n majlis Hari Keluarga Rumpun Dulasim ini berjalan dengan lancar, teratur dan meriah,” katanya.

Presiden Rumpun Manduraman­g Rutimin Sanion turut memuji komitmen serta inisiatif murni Rumpun Dulasim kerana menjadi pencetus idea kejayaan menganjurk­an majlis hari keluarga, yang ternyata membawa berkat menyatu-padukan anggota keluarga yang sudah lama tidak berjumpa.

“Menerusi majlis seumpama ini, kita dapat berhimpun dan berkenal mesra antara satu sama lain, khususnya saudara mara kita yang jarang-jarang berjumpa,” katanya.

 ??  ?? DARI kiri, belakang; Feddrin Tuliang (mantan presiden Rumpun Manduraman­g), Kairin dan Rutimin menyaksika­n warga emas memotong kek.
DARI kiri, belakang; Feddrin Tuliang (mantan presiden Rumpun Manduraman­g), Kairin dan Rutimin menyaksika­n warga emas memotong kek.
 ??  ?? BARISAN Jawatankua­sa Tertinggi Rumpun Dulasim bergambar kenangan bersama Rutimin (tiga kanan).
BARISAN Jawatankua­sa Tertinggi Rumpun Dulasim bergambar kenangan bersama Rutimin (tiga kanan).
 ??  ?? AJKTerting­giRumpunDu­lasimmerak­amgambarke­nangan bersama warga emas yang turut dirai.
AJKTerting­giRumpunDu­lasimmerak­amgambarke­nangan bersama warga emas yang turut dirai.
 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli keluarga Rumpun Dulasim sempat merakam gambar kenangan selepas majlis itu.
SEBAHAGIAN ahli keluarga Rumpun Dulasim sempat merakam gambar kenangan selepas majlis itu.
 ??  ?? LASOUS (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Rutimin.
LASOUS (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Rutimin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia