Utusan Borneo (Sabah)

Pahang juara Piala Agong

Selepas tundukkan Negeri Sembilan 4-3

-

KUANTAN: Pahang muncul juara Piala Agong selepas menundukka­n Negeri Sembilan 4-3 dalam perlawanan di Stadium Darul Makmur di sini, pada Selasa.

Sebaik wisel perlawanan dibunyikan oleh pengadil Zulkarnain Zakaria, pasukan tuan rumah dikejutkan dengan jaringan pembukaan oleh Negeri Sembilan seawal minit ketujuh hasil rembatan Mohd Radzi Pilus.

Namun, Pahang tidak membiarkan penyandang Piala Agong itu mendahului lama apabila berjaya menyamakan kedudukan 1-1 melalui tandukan Mu ham mad Zuhair Aizat Mohd Nazri hasil hantaran Muhammad Sharul Nizam Mohd Nadzir tiga minit kemudian.

Jaringan penyamaan itu membangkit­kan kembali semangat pasukan penyandang Piala Emas RajaRaja itu dan menghukum kealpaan benteng pertahanan pasukan lawan dengan mencipta gol kedua pada minit ke-27 hasil rembatan Nik Muhammad Sharif Haseefy untuk mendahului 2-1.

Berselang tiga minit kemudian Pahang terus beraksi cemerlang dengan menjarakka­n kedudukan 3-1 hasil penyempurn­aan sepakan penalti oleh Muhammad Sharul Nizam Mohd Nadzir selepas Nik Muhammad Sharif dikasari pertahanan lawan.

Bagaimanap­un menjelang separuh masa kedua, corak perlawanan mua berubah apabila pasukan Negeri Sembilan kembali bangkit dan mengasak kubu pertahanan pasukan Pahang sehingga berjaya menyamakan kedudukan 3-3 hasil penyempurn­aan dua sepakan penalti oleh Muhammad Al Rifaei Amn Abdul Rahman pada minit ke-46 dan ke-74.

Enggan mengalah dengan kedudukan itu, skuad kendalian Nordin Muhamad kembali agresif pada minitminit akhir dan berjaya merobek gawang pasukan dengan meledakkan gol kemenangan pada minit ke-83 melalui tandukan Muhammad Sharul Nizam sekaligus menamatkan saingan dengan keputusan 4-3.

Sebelum perlawanan bermula pemain kedua-dua pasukan dan penonton turut bertafakur seminit dengan mereka yang beragama Islam menghadiah­kan al-Fatihah kepada Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang mangkat pada 2.30 petang Selasa. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? PASUKAN Pahang bersama Piala Agong 2017 yang dimenangi selepas mengalahka­n Negeri Sembilan di Stadium Darul Makmur pada Selasa.
-Gambar Bernama PASUKAN Pahang bersama Piala Agong 2017 yang dimenangi selepas mengalahka­n Negeri Sembilan di Stadium Darul Makmur pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia