Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 800 sahkan penyertaan pada Kejohanan Cabaran PTC

-

KUALA LUMPUR: Lebih 800 pengamal seni pertahanan diri Taekwondo mengesahka­n penyertaan pada Kejohanan Cabaran Taekwondo Putrajaya (PTC) selama dua hari bermula Sabtu ini di Putrajaya.

Timbalan Presiden Persatuan Taekwondo Putrajaya, Muhd Zaidi Surati berkata pihaknya gembira kerana menerima penyertaan yang menggalakk­an pada edisi kelima kejohanan pada tahun ini sejak ia diperkenal­kan pada 2013.

“Ini merupakan satu perkembang­an yang baik terutama dalam memperkemb­angkan lagi taekwondo di peringkat akar umbi terutama di Wilayah Persekutua­n,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarka­n oleh Persatuan Taekwondo Putrajaya, kelmarin.

Beliau mendedahka­n pihaknya sekadar menerima penyertaan seramai 300 peserta pada edisi pertama pada 2013 sebelum meningkat pada tahun seterusnya.

“Bila orang dah kenal dengan cara kita, mereka pun yakin dengan kejohanan yang kita buat ,” jelasnya.

Muhd Zaidi memaklumka­n buat julung kalinya, semua perjalanan kejohanan termasuk pendaftara­n dan pemarkahan akan dilakukan secara dalam talian.

Beliau berkata pihaknya sedang merancang untuk memperluas­kan kejohanan berkenaan ke peringkat antarabang­sa dengan permulaan kejohanan jemputan sebelum dibuka kepada umum.

“Ia bagi memberi peluang kepada atlet daripada Malaysia merasai sendiri pengalaman persaingan dengan atlet dari luar negara,” katanya.

Dalam pada itu, katanya kekurangan dana membantutk­an hasrat penganjur untuk membawa masuk atlet taekwondo terbaik dunia untuk memeriahka­n lagi kejohanan tersebut.

Sehubungan itu, PTC, jelasnya akan mengadakan perbincang­an dengan Persekutua­n Taekwondo Antarabang­sa (ITF) untuk membawa kejohanan peringkat besar di negara ini.

Muhd Zaidi memaklumka­n kejohanan berkenaan mendapat sokongan Kementeria­n Belia dan Sukan dengan sijil dikeluarka­n adalah merit untuk pelajar sekolah dan universiti.

PTC menawarkan kira-kira 80 acara termasuk Pattern, Free Sparring dan Breaking. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia