Utusan Borneo (Sabah)

Peserta Labuan, Bingkor sahut cabaranCab­aran

Cabaran Orang Kuat Wanita 2017

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Dua peserta Wilayah Persekutua­n Labuan turut menyahut cabaran pertanding­an Cabaran Orang Kuat Wanita 2017 yang akan berlangsun­g di tapak Pasar Malam Donggongon, Penampang pada 23-24 September.

Wakil dari Labuan itu adalah Flavia Mannie Luntak, 38, dan Norlisa Rusly, 34.

Turut menyahut cabaran adalah dua peserta dari Bingkor, Keningau, Meliana Jelis, 35, dan Selly Laminggu, 40.

Meliana dan Selly di bawah bimbingan atlet sukan orang kuat Sabah, Affandy Matthius mewakili Kelab Gym Bingkor.

Empat peserta itu adalah yang terbaru mengesahka­n penyertaan menjadikan 12 jumlah peserta setakat Rabu termasuk masing-masing satu dari Johor dan Brunei.

“Kami yakin akan capai sasaran 18 penyertaan kerana ramai lagi atlet tempatan yang telah menghubung­i kami tetapi belum mendaftar dan penyertaan dibuka sehingga hari pertanding­an sebelum acara bermula.

“Kami mengalu-alukan penyertaan peserta tempatan terutama ini adalah Cabaran Orang Kuat Wanita pertama dianjurkan di sini,” kata kordinator pertanding­an, Roger Frederick ketika ditemui di sini pada Rabu.

Cabaran itu adalah anjuran Penampang Tourism Action Council (PTAC) dan AtukoiFM dengan kerjasama Majlis Daerah Penampang manakala Pro’Eve adalah penaja rasmi sistem bunyi dan lampu.

Cabaran itu mempertand­ingkan enam acara klasik sukan orang kuat iaitu Atlas Stone, Tyre Flip, Car Deadlift, Yoke Walk, Truck Pull dan Farmer’s Walk.

Hadiah yang disediakan termasukla­h wang tunai di mana juara akan menerima RM1,500, kedua RM1,000, ketiga RM700, keempat RM500, kelima RM400, keenam RM00, ketujuh RM200 dan kelapan RM100.

Keterangan lanjut acara itu boleh diperolehi dengan menghubung­i Roger (0168800097).

 ??  ??
 ??  ?? MELIANA (kiri) dan Selly bersama jurulatih mereka, Affandy (tengah).
MELIANA (kiri) dan Selly bersama jurulatih mereka, Affandy (tengah).
 ??  ?? NORLISA
NORLISA
 ??  ?? FLAVIA
FLAVIA
 ??  ?? ROGER
ROGER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia