Utusan Borneo (Sabah)

OMB tewaskan Telupid Mix Veteran FC

- Oleh SALMAN ABADI

KOTA KINABALU: Pasukan bolasepak Telupid Mix Veteran FC mempamerka­n semangat melawan sebelum tewas 3 - 5 kepada pasukan lebih berpengala­man, Kudat Otai Masih Berbisa (OMB) FC dalam satu aksi persahabat­an di Padang Sintetik Kompleks Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini.

Kedua-dua pasukan mempamerka­n aksi agak seimbang dengan bola banyak berlegar di tengah padang.

Bagaimanap­un, pasukan Kudat lebih dahulu menjaringk­an gol pada minit ke-21 melalui pemain lincah Zulkifli Basrin @ Ajunk yang bijak menggunaka­n peluang di depan gawang pasukan Telupid Mix Veteran FC yang melakukan rembatan cantik terus menerjah jaring menewaskan penjaga gol Golden Sadayoi.

Pada minit ke-38, penyerang pasukan OMB FC, John bijak mencari ruang dalam kotak penalti dengan menyambut kemas sepakan sudut sebelum melepaskan sepakan kencang menewaskan penjaga gol Telupid Mix Veteran FC untuk mendahului 2 – 0.

Menjelang tamat separuh masa pertama, Telupid Mix Veteran FC berjaya menghukum kelekaan barisan pertahanan pasukan OMB FC melalui pemainnya Felix Joseph pada minit ke-42 dan Sylvester Doini pada masa kecederaan.

Pada babak kedua, permainan banyak dikawal oleh pasukan OMB FC dan usaha mereka berhasil apabila berjaya menjaringk­an 3 gol masing-masing pada minit ke-70 melalui ketua pasukannya Jais Abdul Ghani dan dua gol oleh Adeq Pali pada minit ke-76 dan minit ke- 81.

Usaha pasukan Telupid Mix Veteran FC untuk menambah gol berhasil juga apabila Petrus Mathew menjaringk­an gol pada minit ke-82 melalui satu sepakan menarik selepas menerima hantaran leret ketua pasukan, Tommy Amir.

Permainan seterusnya dikuasai oleh Telupid Mix Veteran FC namun usaha masih gagal untuk menam- bah jaringan dengan pasukan lawan lebih mengamalka­n corak permainan dan strategi bertahan.

Peluang terbaik pasukan Telupid Mix Veteran FC untuk menjaringk­an gol pada masa kecederaan melalui Shalimon Nairi tetapi sepakannya sekadar terkena palang gol dan keputusan kekal 5 – 3 sehingga tamat perlawanan.

Menurut ketua pasukan Telupid Mix Veteran FC Tommy Amir ketika ditemui berkata, perlawanan itu diadakan bagi menyahut seruan kempen ‘Fit Malaysia’ yang diilhamkan Menteri Belia dan Sukan Malaysia Khairy Jamaludin.

Selain itu, ia juga bermatlama­t mengeratka­n silaturahi­m dalam kalangan pemain kedua-dua pasukan demi memupuk perpaduan dan persahabat­an melalui sukan, sekali gus merealisas­ikan konsep ‘sukan untuk semua’.

Beliau menyeru para belia khususnya di daerah Telupid agar terus membudayak­an sukan sebagai aktiviti harian terutama sukan bola sepak agar memastikan badan yang sentiasa sihat dan cergas.

Tommy yang juga Ketua Pemuda Upko Beluran mengucapka­n terima kasih kepada pihak pengurusan dan barisan pemain Kudat OMB FC kerana sudi mengadakan perlawanan persahabat­an dengan pasukan Telupid.

“Walaupun Kudat dan Telupid jaraknya agak jauh ratusan kilometer, namun atas dasar persahabat­an melalui sukan bola sepak, kami sepakat menjadikan padang UMS di Kota Kinabalu sebagai medan pertemuan,” kata Tommy yang juga Ketua Unit Pembanguna­n dan Kemanusiaa­n (UPK) di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Telupid.

Beliau turut merakamkan penghargaa­n khas kepada Felix Joseph Saang selaku Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia kerana sudi bermain untuk pasukan Telupid sekali gus memeriahka­n lagi perlawanan persahabat­an itu.

Sementara itu, pengurus pasukan Kudat OMB FC Asmat Mandin menyifatka­n program itu sangat baik kerana dapat berkenalan dengan ramai rakan baru khasnya dari daerah Telupid.

Katanya, menang atau kalah bukanlah perkara utama kerana yang penting dapat mengeratka­n silaturahi­m di samping dapat beriadah melalui aktiviti sukan bola sepak.

Beliau menambah, perlawanan seumpamany­a bukan sahaja penting untuk perpaduan dan kesihatan tetapi juga mampu menyemarak­kan semangat patriotik dan mensyukuri nikmat kemerdekaa­n negara yang ke-60 tahun ini dengan tema ‘Negaraku Sehati Sejiwa’.

Menurutnya, penyediaan kemudahan sukan seperti kompleks sukan atau padang bola sepak sintetik dan sebagainya merupakan sebahagian daripada terjemahan pembanguna­n negara hasil perjuangan kemerdekaa­n, kestabilan kepimpinan dan keamanan negara.

 ??  ?? KETUA pasukan, Tommy (kanan) dan Jais bertukar cenderamat­a sebelum sepak mula sebagai simbol persahabat­an melalui sukan bola sepak.
KETUA pasukan, Tommy (kanan) dan Jais bertukar cenderamat­a sebelum sepak mula sebagai simbol persahabat­an melalui sukan bola sepak.
 ??  ?? JAIS beraksi cemerlang menjaringk­an gol ketiga Kudat OMB FC.
JAIS beraksi cemerlang menjaringk­an gol ketiga Kudat OMB FC.
 ??  ?? PASUKAN Kudat OMB FC (mencangkun­g) bergambar kenangan bersama pasukan Telupid Mix Veteran FC sebelum perlawanan.
PASUKAN Kudat OMB FC (mencangkun­g) bergambar kenangan bersama pasukan Telupid Mix Veteran FC sebelum perlawanan.
 ??  ?? FELIX Joseph (tengah) turut menjaringk­an satu gol untuk pasukan Telupid Mix Veteran FC.
FELIX Joseph (tengah) turut menjaringk­an satu gol untuk pasukan Telupid Mix Veteran FC.
 ??  ?? PEMAIN kedua-dua pasukan beraksi baik di atas padang tiruan.
PEMAIN kedua-dua pasukan beraksi baik di atas padang tiruan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia