Utusan Borneo (Sabah)

24 RENTUNG Tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h

-

KUALA LUMPUR: Semua 24 mayat yang ditemui di tingkat paling atas pusat tahfiz Darul Quran I t tifa q i ya h yang terbakar pagi Khamis dalam keadaan rentung dan bertindih antara sama lain.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata mayat ditemui di dua kawasan berasingan di tingkat yang menempatka­n 36 pelajar, di bangunan tiga tingkat itu.

“Siasatan mendapati keadaan 24 mayat rentung dan bertindih antara satu sama lain akibat kebakaran itu,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian pagi Khamis.

Amar Singh juga berkata pusat tersebut hanya mempunyai satu pintu keluar masuk dan menyebabka­n sebahagian penghuni terperangk­ap serta gagal menyelamat­kan diri.

Keadaan tingkap di madrasah berkenaan juga tidak mempunyai aspek keselamata­n yang membolehka­n ia digunakan untuk kecemasan.

Kebakaran dipercayai bermula di bahagian pintu masuk tersebut.

Amar Singh berkata seramai 14 pelajar dan empat guru yang sama menghuni di pusat berkenaan terselamat dalam kejadian itu.

Kesemua pelajar lelaki itu berumur antara 13 hingga 17 tahun.

Katanya daripada 14 yang diselamatk­an, enam mengalami kecederaan kritikal dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

Semua mayat akan dihantar ke Institut Perubatan Forensik Negara untuk tujuan pengecaman oleh anggota keluarga dan bedah siasat.

Katanya polis juga sedang menyiasat dakwaan pusat tahfiz tersebut beroperasi tanpa permit.

Pusat tahfiz itu mempunyai 36 pelajar dan enam guru yang menginap di pusat tahfiz berkenaan.

Seramai 22 pelajar dan dua warden maut dalam kebakaran di pusat tahfiz itu di Jalan Keramat Ujung, di sini, pada 5.15 pagi Khamis itu. -Bernama

#Lagi laporan di muka A8 & B7#

 ?? GambarBern­ama ?? SUASANA sedih dan pilu menyelubun­gi kawasan di hadapan sekolah Darul Quran Ittifaqiya­h yang terbakar awal pagi Khamis.
GambarBern­ama SUASANA sedih dan pilu menyelubun­gi kawasan di hadapan sekolah Darul Quran Ittifaqiya­h yang terbakar awal pagi Khamis.
 ?? GambarBern­ama ?? ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengusung jenazah mangsa kebakaran di Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, Jalan Keramat awal pagi Khamis.
GambarBern­ama ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengusung jenazah mangsa kebakaran di Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, Jalan Keramat awal pagi Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia