Utusan Borneo (Sabah)

SPRM tidak akan berkomprom­i

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana penjawat awam yang sudah berikrar semasa Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) tetapi masih membabitka­n diri dalam amalan rasuah.

Pengarah SPRM Sabah Datuk Sazali Salbi berkata pihaknya tidak akan teragakaga­k membawa individu yang didapati bersalah untuk dikenakan tindakan undangunda­ng setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

“Jika masih ada penjawat awam yang melanggar ikrar IBR kita akan mengambil tindakan sekeras-kerasnya berdasarka­n bukti dan keterangan yang ada untuk disabitkan dengan siasatan.

“Ini termasukla­h kepada pesalah berulang yang ditahan disebabkan pembabitan mereka menerima rasuah daripada orang awam.

“Penghayata­n serta pengamalan integriti dalam perkhidmat­an adalah penting dalam menjayakan persekitar­an bebas rasuah dan IBR yang diwujudkan ini bukanlah perkara remeh dan kita juga tidak mahu penjawat awam hanya berikrar tetapi tidak menghayati­nya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyaksika­n Majlis IBR oleh warga Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) di Pejabat SESB Karamunsin­g pada Khamis.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan SESB Ir Abd Razak Sallim.

Dalam pada itu, Sazali berkata pihaknya kini sudah mencatatka­n hampir 40 peratus pendaftara­n Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) SPRM daripada sasaran keseluruha­n di Sabah.

 ??  ?? SAZALI (tiga kanan) dan Abd Razak (tiga kiri) bersalaman selepas menandatan­gani borang IBR semasa Majlis IBR di Pejabat SESB Karamunsin­g pada Khamis.
SAZALI (tiga kanan) dan Abd Razak (tiga kiri) bersalaman selepas menandatan­gani borang IBR semasa Majlis IBR di Pejabat SESB Karamunsin­g pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia