Utusan Borneo (Sabah)

Ribut salji bukan penghalang Winslet, Elba dalam ‘Mountain Between Us’

-

KATE

Winslet dan

Idris Elba mungkin telah dihumban ke dalam ribut salji ketika membuat penggambar­an bagi filem kisah cinta ‘survival’ berjudul ‘The Mountain Between Us’, tetapi cuaca Kanada yang tidak dapat diramalkan itu dan meranduk salji sedalam paras lutut tidak menakutkan kedua-dua pelakon itu.

Filem itu, berdasarka­n novel pada tahun 2011 dengan tajuk yang sama hasil nukilan Charles Martin, menceritak­an tentang dua orang asing yang terkandas di sebuah gunung selepas satu nahas pesawat. Ia difilemkan di Banjaran Rockies Kanada.

Winslet berlakon sebagai seorang wartawan foto yang sedang bergegas ke acara perkahwina­nnya, manakala Elba adalah seorang pakar bedah saraf dalam perjalanan untuk menemui seorang pesakit yang memerlukan pembedahan kecemasan.

Mereka menempah sebuah pesawat setelah penerbanga­n komersil mereka dibatalkan, tetapi setelah juruterban­g mengalami serangan angin ahmar di tengah-tengah penerbanga­n, mereka akhirnya cuba meneruskan kehidupan dalam keadaan cuaca gunung yang sukar, dengan melakukan perjalanan ke bawah yang berbahaya sejauh beriburibu kaki.

“Kami sama sekali tidak tahu keadaan yang kami bakal hadapi setiap hari dan kami hanya perlu menanganin­ya dan meneruskan hidup. Kita tidak dapat tidak melakukann­ya kerana ribut salji sedang berlaku,” kata Winslet. Pengarah Palestin, Hany Abu-Assad, melihat peluang dalam keadaan cuaca yang buruk itu.

“Hany akan berkata, ‘Keluar sana! Ia menakjubka­n! Ribut salji itu menakjubka­n!’” kata Winslet di tayangan perdana permaidani merah bagi filem itu di festival filem Toronto baru-baru ini.

“Kami membuat filem ini di Kanada, bersama warga Kanada. Kami tidak mahu pulang,” kata Winslet mengenai bagaimana dia begitu seronok membuat filem itu.

Abu-Assad, yang pernah mengarah filem-filem yang dicalonkan untuk anugerah Oscar ‘Omar’ dan

‘Paradise Now’, memberitah­u audiens bahawa dia tidak menggunaka­n sebarang kesan khas skrin hijau selain bagi adegan pesawat terhempas.

‘The Mountain Between Us’ merupakan filem bahasa Inggeris besar pertama arahan Abu-Assad dan memulakan tayangan filem itu di pawagam pada Oktober.

— Reuters

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia