Utusan Borneo (Sabah)

Pemilik premis didenda RM10,000

Mengupah imigran haram untuk bekerja

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang pemilik sebuah premis didenda RM10,000 atau penjara tiga bulan, oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas kesalahan mengupah seorang imigran haram.

Hakim Azreena Aziz menjatuhka­n hukuman itu terhadap seorang wanita Gan Siew Peng, 52, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.

Hukuman yang diperuntuk­kan, denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara selama tempoh 12 bulan, atau dengan kedua-duanya bagi setiap imigran haram.

Pada 20 Julai jam 4 petang, di Pejabat Imigresen Kudat, tertuduh didapati mengambil seorang lelaki imigran haram berusia 24 tahun untuk bekerja.

Mengikut fakta kes, tertuduh sebagai pemilik M aru di FFB Trading Sdn Bhd di Kampung Tambuluran Kudat, mengubah seorang lelaki warga Indonesia yang tidak memiliki permit sah.

Semasa rayuan, Ganyang tidak diwakili peguam memohon jumlah denda dikurangka­n kerana perniagaan­nya tidak beroperasi dengan baik.

Pegawai Pendakwa Juachim Abel Majanin dari Jabatan Imigresen meminta hukuman setimpal dikenakan dan menyatakan, tertuduh tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Dalam kes berasingan, sepasang pengusaha restoran didakwa atas pertuduhan mengupah lapan imigran haram.

Chung Yun Kiaw, 49, dan Cheng Chew Wang, 52, yang didakwa secara bersama bagaimanap­un mengaku tidak bersalah.

Mereka didakwa mengupah enam wanita dan dua lelaki imigran haram, berusia antara 16 tahun hingga 36 tahun, yang tidak memiliki pas kerja.

Kesalahan berkenaan didapati dilakukan pada 13 Jun di Yee Fung Laksa, Jalan Gaya, di sini.

Mahkamah menetapkan pada 5 Disember sebagai tarikh perbicaraa­n terhadap Chung dan Chew yang masing-masing diwakili peguam Ram Singh.

Juachim mencadangk­an kedua-dua tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM20,000 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Ram memohon jumlah berkenaan dikurangka­n kepada RM3,000 kerana kedua-dua tertuduh tidak mempunyai risiko melarikan diri daripada pertuduhan terbabit.

Mahkamah membenarka­n kedua-dua tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM20,000 deposit RM10,000 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia