Utusan Borneo (Sabah)

TN50 pastikan M’sia terus maju

Sebagai kesinambun­gan Wawasan 2020

-

“Ini merupakan usaha kerajaan dalam mengumpulk­an maklumat, harapan dan juga impian dalam semua aspek sejajar dengan status yang ingin kita realisasik­an 30 tahun selepas Wawasan 2020. MEJAR JENERAL DATUK SRI JAMIL KHIR BAHAROM Menteri di Jabatan Perdana Menteri

KOTA KINABALU: Transforma­si Nasional 2050 (TN50) merupakan kesinambun­gan Wawasan 2020 yang perlu dilaksanak­an bagi memastikan Malaysia terus maju.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mejar Jeneral Datuk Sri Jamil Khir Baharom berkata TN50 adalah aspirasi kerajaan dalam mencapai status negara maju kelak.

“Menjelang tahun 2020, kita memerlukan satu milestone yang baharu sebagai matlamat ataupun misi yang perlu dicapai sebagai sebuah status negara maju.

“Ini merupakan usaha kerajaan dalam mengumpulk­an maklumat, harapan dan juga impian dalam semua aspek sejajar dengan status yang ingin kita realisasik­an 30 tahun selepas Wawasan 2020.

“Seperti sebuah cita-cita, kita akan mempunyai satu pandangan mengenai di mana kita akan sambung pelajaran, jurusan apa yang akan diambil, apa kerjaya yang kita akan ceburi dan berapa pendapatan yang akan diperolehi.

“Begitulah juga dengan TN50, kita sedang menetapkan perjalanan dan sasaran kita bukan hanya dari pandangan kerajaan semata tetapi dari mata rakyat sendiri,” katanya dalam Dialog Perdana Transforma­si Nasional (TN50): Perspektif Islam di Institut Kemahiran Mara Kota Kinabalu, pada Khamis.

Tambah beliau, sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi, pembanguna­n agama Islam turut menjadi aspek yang dinilai oleh kerajaan.

“Pembinaan dan kemudahan di tempat ibadah, menaik taraf surau kepada masjid bagi kampung yang mempunyai pertambaha­n penduduk, elaun bagi guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (Kafa), elaun imam masjid dan sebagainya tidak pernah di belakangka­n kerajaan.

“Dalam TN50 ini juga, kita mengalu-alukan aspirasi rakyat untuk bersamasam­a menyumbang idea membangunk­an lagi pentadbira­n Islam,” jelas beliau.

Dialog itu dihadiri lebih kurang 1,000 peserta termasuk 800 pelajar termasuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Institut Kemahiran Mara (IKM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta kakitangan kerajaan dari pelbagai agensi.

 ??  ?? JAMIL (tengah) menyampaik­an pandangann­ya mengenai TN50 dalam perspektif Islam.
JAMIL (tengah) menyampaik­an pandangann­ya mengenai TN50 dalam perspektif Islam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia