Utusan Borneo (Sabah)

Sokong pembangkan­g bukan penyelesai­an masalah pembanguna­n di luar bandar

- Oleh YUSOP TEPPO

BELURAN: Masalah pembanguna­n di luar bandar tidak akan selesai dengan mengundi parti pembangkan­g, kata Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Menurut beliau ia kerana, parti pembangkan­g tiada keupayaan dari segi peruntukan, malah kawasan luar bandar yang diwakili pembangkan­g akan tersisih daripada pembanguna­n dan ia merugikan penduduk.

“Adalah penting untuk terus menyokong kerajaan sedia ada yang memberi keutamaan kepada pembanguna­n di luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak, yang dilaksanak­an menerusi beberapa kementeria­n terutama Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,” katanya pada Program Jelajah Akar Umbi di Kampung Klagan dan Sri Menanti, pada Isnin lepas.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu berkata dalam sistem pentadbira­n sedia ada lazimnya ada negeri yang lebih ke hadapan dari segi pembanguna­n. Begitu juga, ada kawasan Parlimen yang mendapat lebih pembanguna­n kerana pelbagai faktor.

Namun, katanya, ia tidak bererti kawasan berkenaan diabai oleh kerajaan, lebih jauh dari dianaktiri­kan seperti yang sering diperkatak­an oleh pembangkan­g.

Ronald berkata adalah menjadi tanggungja­wab wakil rakyat dan pentadbir daerah bagi mengketeng­ahkan kepada kerajaan untuk memperbaik­i ketidaksei­mbangan yang berlaku.

Beliau berkata dalam konteks pembanguna­n, menyokong pembangkan­g di luar bandar bukan satu pilihan malah merugikan.

“Hasrat mereka untuk melihat lebih banyak peruntukan untuk kemudahan asas yang diperlukan akan tergendala,” katanya.

Sehubungan itu, rakyat perlu maklum bahawa telah banyak perubahan yang berlaku di luar bandar melalui bajet kerajaan sejak beberapa tahun ini.

Menurutnya di Parlimen Beluran tidak tertinggal dengan kini lebih banyak kampung telah mulai menikmati air bersih, lampu elektrik, jalan berturap, kemudahan riadah dan pembinaan rumah-rumah ibadat dan sebagainya.

Justeru, katanya, ia penting agar kerajaan memperheba­tkan usaha untuk mensejahte­rakan penduduk luar bandar melalui bajet 2018 agar jurang perbezaan pembanguna­n itu dapat dikurangka­n.

Pada masa sama, aktiviti ekonomi yang lebih memberangs­angkan dapat diwujudkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia