Utusan Borneo (Sabah)

Hazmat bersihkan tumpahan kimia di kargo kapal

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Tindakan pantas Pasukan Pengurusan Bahan Berbahaya (Hazmat) berjaya mengawal cecair asid daripada membahayak­an individu sekeliling selepas cecair berkenaan tumpah di ruang kabin kargo sebuah pesawat pada Rabu.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Khatizah Rahaban berkata maklumat awal kejadian mendapati cecair kimia jenis asid UN2794 dipercayai tertumpah semasa pesawat boeing 737838 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya kejadian hanya disedari apabila pesawat berkenaan mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) kira-kira jam 3.50 petang.

“PGO mendapat panggilan kecemasan jam 6.15 petang dan kita menggerakk­an seramai 10 anggota bomba termasuk Hazmat ke lokasi kejadian bagi melakukan pemeriksaa­n dan pembersiha­n tumpahan bahan kimia.

“Pasukan Hazmat membersihk­an bahan kimia yang tumpah menggunaka­n serbuk sulfur sebelum dimasukkan ke dalam ‘Waste Drum’ dan diserahkan kepada pihak Malaysia Airlines Bhd (Mab) untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Operasi keseluruha­n tamat jam 8.08 malam dan tiada kejadian tidak membabitka­n sebarang kecederaan serta kemalangan.

Sementara itu, sumber memberitah­u Utusan Borneo bahawa kejadian berkenaan disebabkan kesilapan daripada petugas kargo di KLIA yang meletakkan kotak yang mengandung­i cecair asid UN2794 yang juga air bateri kereta dalam keadaan terbalik.

Katanya kapal boeing 737-800 milik MAB dengan nombor penerbanga­n MH2614 berlepas dari KLIA pada jam 1 petang dan mendarat di LTAKK jam 3.50 petang.

“Kejadian hanya dilaporkan kepada pihak bomba jam 6.15 kemudian bagi membersihk­an tumpahan kimia di dalam kargo kapal,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia