Utusan Borneo (Sabah)

Perluas DFTZ ke Sabah

Usaha bantu bangunkan industri PKS

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Bagi memastikan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Sabah tidak ketinggala­n dalam pembanguna­n Revolusi Industri 4.0, pelaksanaa­n Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) diharap diperluask­an ke negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Raymond Tan berkata apabila struktur pelan Revolusi Industri 4.0 ini siap pada hujung tahun, usahawan di negeri ini tidak ketinggala­n daripada pembanguna­n berkenaan.

Atas sebab itu, Kerajaan Negeri meletakkan harapan agar pelaksanaa­n DFTZ diperluask­an ke Sabah supaya usahawan PKS di sini dapat membangunk­an perniagaan masing-masing hingga ke peringkat antarabang­sa.

Untuk pelaksanaa­n DFTZ di Sabah, lokasi yang dilihat berpotensi dibangunka­n adalah Taman Perindustr­ian Kota Kinabalu (KKIP) yang kini menempatka­n 280 usahawan PKS. KKIP adalah kawasan paling sesuai dan mempunyai asas yang kukuh untuk dijadikan DFTZ.

“Bagi membolehka­n RI 4.0 berjaya dilaksanak­an, Kerajaan Negeri akan meningkatk­an kemudahan dan perkhidmat­an internet di KKIP. Kita akan memastikan akses serta kelajuan internet juga baik.

“Kita akan berbincang dengan Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia supaya bekalan internet tidak terputus,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Program Outreach Revolusi Industri 4.0 dan Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ), di sini pada Khamis.

Raymond yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian berkata untuk memastikan pelaksanaa­n DFTZ dapat direalisas­ikan, semua usahawan PKS di negeri ini perlu beralih kepada perniagaan secara online atau e-dagang.

“Peniaga yang menjalanka­n perniagaan secara online ini perlu ditempatka­n dalam satu kawasan bagi mewujudkan kluster e-dagang dalam DFTZ,” jelasnya.

Menurutnya, sebanyak 98 peratus daripada peniaga di Sabah adalah usahawan PKS. Kini terdapat lebih 40,000 peniaga PKS di Sabah dan jumlah itu dilihat akan terus bertambah kepada 60,000 usahawan dalam tempoh dua tahun apabila platform perniagaan beralih kepada online.

Sementara itu, Pengerusi SME Corp Malaysia Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid berkata SME Corp yakin mampu mendaftark­an 1,500 usahawan PKS dari seluruh negara dalam DFTZ menjelang akhir tahun ini.

 ??  ?? RAYMOND (empat kanan) bersama Mohamed Al Amin (empat kiri) serta tetamu lain dan
peserta.
RAYMOND (empat kanan) bersama Mohamed Al Amin (empat kiri) serta tetamu lain dan peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia