Utusan Borneo (Sabah)

Rahman terima kunjungan hormat Vladimir

-

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Rahman Dahlan menerima kunjungan hormat Naib Pengerusi Majlis Perniagaan RussiaMala­ysia Vladimir N.Morozov di pejabatnya, di sini pada Khamis.

Sempena kunjungan berkenaan, Vladimir yang juga Pengarah Eksekutif Majlis Perniagaan untuk Kerjasama dengan Malaysia merangkap Duta Luar Biasa dan Penuh mengadakan perbincang­an tertutup selama satu jam bersama Rahman.

Beliau menyampaik­an ucapan tahniah kepada Rahman atas pelantikan­nya sebagai Pengerusi Bersama Suruhanjay­a Bersama RusiaMalay­sia untuk Kerjasama Ekonomi, Saintifik, Teknikal dan Kebudayaan.

Suruhanjay­a bersama itu ditubuhkan di bawah perjanjian yang ditandatan­gani pada November 2015 di samping sidang kemuncak ASEAN ke-27 yang disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Perdana Menteri Rusia Dmitry Medvedev.

Pada masa sama, Rahman turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Vladimir kerana sudi mengunjung­i pejabatnya selain menekankan kepentinga­n hubungan dua hala di antara kedua-dua negara.

Beliau juga melahirkan rasa optimis di dalam sektor seperti bioteknolo­gi, maklumat dan teknologi komunikasi dan penerbanga­n awam di mana Russia boleh bekerjasam­a dengan Malaysia untuk meningkatk­an pelaburan mereka di dalam Malaysia.

Katanya, sehingga kini, sebahagian besar perdaganga­n Malaysia dan Russia berasaskan komoditi seperti petroleum, besi dan produk keluli yang mewakili 45.4 peratus jumlah eksport Malaysia ke Russia manakala kondensat petroleum mewakili 62 peratus jumlah import Malaysia dari Russia.

Justeru, beliau memberi galakan kepada pihak Vladimir membawa lebih banyak syarikat Russia untuk membuka ibu pejabat mereka di Kuala Lumpur.

“Selaku Pengerusi Bersama Suruhanjay­a Bersama Rusia– Malaysia untuk Kerjasama Ekonomi, Saintifik, Teknikal dan Kebudayaan, saya ingin melihat lebih banyak kerjasama perdaganga­n dengan Russia, sebuah negara yang mempunyai banyak potensi yang boleh diterokai oleh Malaysia.

“Lebih daripada itu, kita harus berusaha untuk lebih banyak pertukaran budaya dan interaksi sosial di antara rakyat untuk memastikan sinergi ekonomi jangka panjang antara kedua-dua buah negara,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat berkenaan.

 ??  ?? RAHMAN (kiri) bersalaman dengan Vladimir (kanan) pada kunjungan hormat berkenaan.
RAHMAN (kiri) bersalaman dengan Vladimir (kanan) pada kunjungan hormat berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia