Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama k’jaan, rakyat bina perpaduan

Bantu suburkan semangat cintakan tanahair

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Sinergi antara kerajaan dan rakyat mampu menjadi pemangkin kepada matlamat perpaduan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, usahasama yang erat antara kerajaan dan rakyat amat diperlukan bagi mengekalka­n keamanan dan keharmonia­n dalam Malaysia.

Menurutnya, ia juga untuk menyuburka­n perasaan dan semangat cintakan tanahair dalam sanubari setiap rakyat di negara ini.

“Senjata ampuh bagi pembanguna­n sesebuah negara bermula dari perpaduan rakyatnya.

“Amat sayang kalau kita tidak melihat perpaduan yang dibina kerana ia adalah aset paling besar kepada negara dalam mengorak langkah menjadi negara maju yang disegani,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Dialog Antara Penganut Agama: Muhibah Teras Perpaduan Nasional, Toleransi Beragama dalam Kepelbagai­an Masyarakat Tonggak Keharmonia­n Negara, di sini pada Khamis.

Program berkenaan dianjurkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) dan Yayasan Pembanguna­n Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Jamil berkata, program dialog itu amat bermakna terutamany­a dengan menyasarka­n penglibata­n golongan muda.

“Jika kita dapat garap program sebegini, golongan muda ini akan nampak kepentinga­n perpaduan.

“Kita perlu lebarkan konsep perpaduan dalam konteks dialog pelbagai agama untuk mewujudkan platform terbaik sesama kita.

“Ia sekaligus mewujudkan rasa hormat dan melihat perbezaan agama sebagai satu perpaduan dan bukannya perpecahan,” jelasnya.

Menurutnya, program seperti itu sudah lama dilaksanak­an dan menjadi Indeks Prestasi Utama (KPI) dalam menyampaik­an mesej kesedaran dan kefahaman berhubung perbezaan agama.

Katanya, setiap wakil agama akan berkongsi dialog dan melahirkan persamaan supaya ia menjadi landasan dalam mewujudkan perpaduan.

Turut hadir, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Mohd Arifin Mohd Arif dan Naib Canselor UMS Prof Dr D Kamarudin D Mudin.

“Amat sayang kalau kita tidak melihat perpaduan yang dibina kerana ia adalah aset paling besar kepada negara dalam mengorak langkah menjadi ” negara maju yang disegani. MEJAR JENERAL DATUK SERI JAMIL KHIR BAHAROM Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ?? JAMIL (depan, enam kiri) bersama tetamu jemputan dan peserta program bergambar merakamkan kenangan selepas majlis dialog itu.
JAMIL (depan, enam kiri) bersama tetamu jemputan dan peserta program bergambar merakamkan kenangan selepas majlis dialog itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia