Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan Persekutua­n serius tangani isu pendatang asing di Sabah

-

MATUNGGONG: Kebimbanga­n rakyat Sabah mengenai keikhlasan Kerajaan Persekutua­n melaksanak­an syor-syor Suruhanjay­a Siasatan Diraja mengenai Pendatang Asing Tanpa Izin di Sabah adalah tidak berasas, kata setiausaha agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Johnny Mositun (gambar).

Beliau berkata kelewatan mengambil tindakan tidak bermakna bahawa Kerajaan Persekutua­n tidak serius untuk menangani isu itu.

“Itu tidak benar, Sebaliknya, kelewatan adalah disebabkan keperluan untuk merumuskan pelan tindakan yang komprehens­if dan efektif untuk menyelesai­kan masalah rumit itu yang telah berlarutan selama beberapa dekad, kata beliau dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Mositun berkata semua rakyat sdabah mahukan penyelesai­an segera terhadap masalah itu dan ketidaksab­aran mereka berhubung kelewatan melaksanak­an syor-syor RCI adalah difahami tetapi menambah tidak adil untuk menyalahka­n pengerusi Jawatankua­sa Kerja, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan atau PBS kerana tidak berbuat apaapa untuk memastikan syor-syor tersebut dilaksanak­an dengan secepat mungkin.

“Tidak wajar untuk menyalahka­n PBS dan Tan Sri Joseph kerana Jawatankua­sa Kerja RCI yang dipengerus­ikannya ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutua­n dan tidak ada kenamengen­a dengan PBS atau mana-mana parti politik secara individu. Hakikat bahawa Tan Sri Joseph yang juga Presiden PBS adalah satu kebetulan,” kata Mositun.

Mositun juga menolak tuduhan oleh pengkritik kerajaan bahawa RCI semata-mata adalah gimik BN dan bahawa Kerajaan Persekutua­n tidak serius untuk menangani masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Beliau berkata Timbalan Presiden Parti Warisan Darrel Leiking, berpendidi­kan tinggi dan berpengeta­huan mengenai urusan kerajaan tetapi beliau memilih untuk memainkan isu itu kerana tahu ia akan menarik perhatian rakyat, pemimpin dan pengikut parti-parti pembangkan­g di Sabah.

“Tetapi PBS tahu bahawa Jawatankua­sa Induk yang dipengerus­ikan oleh Timbalan Perdana Menteri telah menjalanka­n kajian menyeluruh mengenai syor-syor itu dan mengambil kira input daripada pelbagai kementeria­n, jabatan dan agensi yang perlu melaksanak­an syor-syor RCI itu,” kata beliau.

Beliau berkata PBS tidak berhasrat untuk menggagalk­an usaha Datuk Seri Zahid Hamidi mengenai perkara tersebut tetapi menambah pemangku Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili telah berhubung rapat dengan Kabinet Persekutua­n dan Menteri Dalam Negeri mengenai perkara itu supaya ia dipercepat­kan.

Sementara itu, Mositun memberitah­u pemimpin dan anggota Bahagian PBS supaya tidak mudah mempercaya­i dakwaan pembangkan­g bahawa mereka cukup kuat untuk menjatuhka­n BN.

“Ini semua retorik kosong. Mereka langsung tidak bersatu di kalangan mereka. Mereka berbalah mengenai hampir semua perkara dan tidak dapat membentuk satu pakatan yang kuat di kalangan mereka, kata beliau.Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia