Utusan Borneo (Sabah)

Empat lelaki ditahan

Dipercayai seludup rokok pelbagai jenama bernilai RM121,520

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Pasukan keselamata­n yang diterajui oleh Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) telah menahan tiga lelaki warga asing dan seorang warga tempatan yang disyaki menyeludup 22,920 bungkus rokok pelbagai jenis dalam dua operasi berasingan di kawasan perkampung­an Sabah Baru, kira-kira jam 8 malam Rabu.

Komander Esscom DCP Dato’ Hazani Ghazali dalam satu kenyataan berkata antara jenis rokok seludup yang dirampas ialah 1,320 bungkus rokok LA Bold Hitam, 2,400 bungkus Absolute (Menthol), 3,200 bungkus LA Menthol putih dan 16,000 bungkus Premium Gold yang kesemuanya bernilai lebih RM121,520.

Beliau berkata dalam operasi pertama, sepasukan anggota dari Unit Risikan Pasukan

“Hasil pemeriksaa­n terhadap kenderaan itu mendapati lelaki terbabit membawa 16,000 bungkus rokok Premium Gold bernilai hampir RM80,000 yang disembunyi­kan di ruang tempat duduk belakang dan bucket belakang ” kenderaan berkenaan yang berpenutup DATO’ HAZANI GHAZALI Komander Esscom DCP

Polis Marin telah melancarka­n operasi membantera­s pengedaran rokok seludup pelbagai jenis di kawasan berkenaan.

“Hasil intipan di lokasi yang disyaki, anggota Marin telah melihat empat lelaki sedang memunggah bungkusan hitam yang dikeluarka­n dari sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna putih.

“Ketika serbuan dilakukan, seorang suspek telah berjaya melarikan diri, manakala tiga suspek yang lain telah berjaya ditahan,” katanya.

Beliau berkata pemeriksaa­n lanjut menemui sebanyak 6,920 bungkus rokok seludup pelbagai jenis dibungkus menggunaka­n plastik hitam yang disembunyi­kan di ruang tempat duduk belakang dan bucket belakang yang berpenutup kenderaan berkenaan.

Sementara itu, dalam satu operasi berasingan di lokasi sama, sepasukan anggota Unit Risikan Pasukan Polis Marin telah terserempa­k dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda warna putih yang dipandu oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigak­an memasuki kawasan sebuah kedai di bangunan baharu berhampira­n kawasan rumah sampah.

“Hasil pemeriksaa­n terhadap kenderaan itu mendapati lelaki terbabit membawa 16,000 bungkus rokok Premium Gold bernilai hampir RM80,000 yang disembunyi­kan di ruang tempat duduk belakang dan bucket belakang kenderaan berkenaan yang berpenutup,” katanya.

Beliau berkata kesemua suspek yang berumur 27 hingga 36 tahun dan barang rampasan yang terdiri daripada dua kenderaan pacuan empat roda dan 22,920 bungkus rokok telah dibawa ke Pangkalan Polis Marin untuk tujuan siasatan dan dokumentas­i. Keseluruha­n rampasan bernilai RM339,520.

 ??  ?? HASIL pemeriksaa­n yang dilakukan ke atas kenderaan itu telah menjumpai 16,000 bungkus rokok Premium Gold bernilai hampir RM80,000.
HASIL pemeriksaa­n yang dilakukan ke atas kenderaan itu telah menjumpai 16,000 bungkus rokok Premium Gold bernilai hampir RM80,000.
 ??  ?? KENDERAAN yang digunakan bagi mengangkut kesemua rokok yang tidak dibayar cukai.
KENDERAAN yang digunakan bagi mengangkut kesemua rokok yang tidak dibayar cukai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia