Utusan Borneo (Sabah)

Jerit minta tolong, keluar ikut saluran paip

-

KUALA LUMPUR: Jeritan minta tolong, keadaan gelap gelita, asap dan bahang api adalah saat-saat getir dikongsi mangsa yang terselamat dalam kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di Jalan Keramat Ujung, di sini awal pagi Khamis.

Menceritak­an detik cemas pada 5.15 pagi itu, Muhammad Danial Amru Al-Haz Ali, 16, berkata pelajar terdesak untuk menyelamat­kan diri dengan cuba memecahkan pintu dan tingkap termasuk menggunaka­n saluran air untuk keluar dari bangunan.

“Kami sedang tidur di tingkat tiga. Tiba-tiba ada rakan yang menjerit “apiapi” dan semua bergegas turun ke bawah namun pintu terkunci.

“A dayang cuba memecahkan pintu, tingkap, jeriji besi. Saya larikan diri mengikut saluran air dengan meniarap sehingga ke hujung bersama-sama rakan lain,” katanya ketika ditemui pemberita di Wad Kecemasan Hospital Kuala Lumpur.

Insiden yang berlaku di bangunan tiga tingkat itu meragut nyawa 22 pelajar dan dua guru pusat tahfiz itu.

Muhammad Danial Amru yang berasal dari Negeri Sembilan berkata sebaik berjaya menyelamat­kan diri, dia dan rakan-rakannya terus menjerit dan meminta tolong jiran berdekatan dengan pusat tahfiz tersebut.

Katanya api marak dengan terlalu pantas menyebabka­n ada dalam kalangan rakannya yang tidak berjaya menyelamat­kan diri dan rentung.

“Ia memang pantas. Saya memang tidak percaya ini berlaku. Saya terima dugaan Allah ini,” tambahnya yang masih trauma dan terkejut dengan kejadian tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh dalam sidang media sebelum itu berkata semua 24 mayat yang ditemui di tingkat paling atas pusat tahfiz ditemui rentung dan bertindih antara sama lain.

Seramai 36 pelajar dan enam guru menginap di pusat tahfiz itu. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? WARIS mangsa kelihatan sugul ketika ditemui di perkaranga­n pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di Jalan Keramat Ujung yang musnah dalam kebakaran awal Khamis.
GambarBern­ama WARIS mangsa kelihatan sugul ketika ditemui di perkaranga­n pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di Jalan Keramat Ujung yang musnah dalam kebakaran awal Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia