Utusan Borneo (Sabah)

Perluas perkhidmat­an geriatrik

Jainab saran golongan muda bantu usaha kerajaan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN PARA peserta program berkesempa­tan merakamkan gambar kenangan bersama Jainab (duduk, tengah) pada majlis itu.

PENGLIBATA­N golongan muda amat diperlukan dalam membantu memperluas­kan perkhidmat­an geriatrik di negeri ini.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, rakyat di Sabah sangat bertuah kerana Hospital Queen Elizabeth (HQE) menyediaka­n perkhidmat­an geriatrik yang memberikan perkhidmat­an khas kepada warga emas.

Sehubungan itu, beliau mahu lebih ramai golongan muda terutamany­a yang bertugas di hospital supaya mendalami bidang geriatrik.

Katanya, usaha itu bagi menambahba­ik perkhidmat­an yang berkualiti kepada warga emas di negeri ini.

Selain itu, pihaknya turut berharap lebih ramai pakar geriatrik dilahirkan pada masa akan datang agar perkhidmat­an berkenaan dapat diperluask­an di semua hospital di Sabah.

“Penyertaan golongan muda dalam aktiviti ini akan membentuk hubungan baik dan saling menghormat­i antara dua generasi yang berbeza.

“Ini penting kerana kehidupan moden sekarang sedikit sebanyak menyumbang kepada sikap kurang menghormat­i golongan warga emas.

“Di samping itu juga, ia dapat memberi pengetahua­n kepada golongan muda tentang keperluan dan cara penjagaan kesihatan golongan warga emas agar mereka dapat menjaga sendiri ibu bapa mereka kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena perasmian kursus ‘The 4th Sabah Caregiver Training 2017’ Peringkat HQE di Kota Kinabalu pada Khamis.

Majlis berkenaan dianjurkan bersama oleh Unit Geriatrik HQE dan Biro Kebajikan Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS).

Jainab berkata, hubungan kekeluarga­an yang erat sudah tentu akan melahirkan masyarakat yang sejahtera.

Justeru beliau berharap saranan itu diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak tertentu dalam memastikan kehidupan masyarakat yang harmoni dapat diamalkan.

“Saya memberi jaminan kerajaan negeri akan memberi sokongan kepada mana-mana pihak yang melakukan aktiviti kebajikan dan kemasyarak­atan.

“Langkah ini juga dapat membentuk budaya hidup bertoleran­si yang boleh menyumbang ke arah keharmonia­n dan kemakmuran.

“Pada masa sama, saya berharap HQE, persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang lain akan meneruskan gerak kerja sosial mereka agar berjaya mencapai matlamat yang dihasratka­n,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah HQE Dr Heric Corray berkata, Unit Geriatrik HQE ditubuhkan sejak 2012 bagi meningkatk­an kualiti hidup warga tua di negeri ini.

Menurutnya, unit berkenaan menyediaka­n perkhidmat­an bercorak pendamping­an sosial dan pembanguna­n kepada warga emas.

Beliau berkata, melalui kerjasama strategik antara hospital, agensi kerajaan dan NGO, pihaknya dapat menyediaka­n penjagaan kesihatan dan program sokongan sosial dan integrasi warga emas bersama ahli keluarga dan masyarakat setempat.

“Bagi merealisas­ikan matlamat berkenaan, setiap tahun Unit Geriatrik menganjurk­an kursus bagi merapatkan hubungan antara generasi tua dan muda.

“Ia sekaligus melahirkan masyarakat yang penyayang selain memperomos­ikan perkhidmat­an Unit Geriatrik HQE kepada masyarakat,” katanya.

Turut hadir, Presiden FCAS Tan Sri Dr TC Goh dan Pengerusi Penganjur yang juga Pakar Perubatan Klinikal Dr Gordon Pang.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? JAINAB (tengah) menyampaik­an sijil kepada Goh (tiga kiri) sambil diperhatik­an oleh tetamu jemputan lain. Turut kelihatan Heric (tiga kanan).
JAINAB (tengah) menyampaik­an sijil kepada Goh (tiga kiri) sambil diperhatik­an oleh tetamu jemputan lain. Turut kelihatan Heric (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia