Utusan Borneo (Sabah)

Jangan pinggir pejuang terdahulu, saranan kepada generasi muda

Saranan kepada generasi muda dalam menghayati erti kemerdekaa­n

-

BEAUFORT: Sejarah pejuang terdahulu dalam mencapai kemerdekaa­n tidak akan diketahui oleh generasi muda sekiranya mereka dipinggirk­an daripada sambutan Hari Kemerdekaa­n.

Pengerusi Perkasa Trading Sdn Bhd Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata sejarah perjuangan itu perlu didedah dan didekatkan kepada generasi muda agar mereka tahu betapa pentingnya kemerdekaa­n negara.

“Ramai yang beranggapa­n bahawa kita mencapai kemerdekaa­n tanpa berlakunya tumpah darah tetapi perjuangan ke arah itu sudah lama berlaku sebelum penjajahan Jepun,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan ke Kem Merdeka Pengakap Ke17 Sabah di sini pada Isnin.

Beliau berkata banyak cara melibatkan generasi muda dengan sambutan Hari Kemerdekaa­n dan penganjura­n kem merdeka itu merupakan salah satu daripadany­a.

Katanya menerusi aktiviti itu, ia bukan sahaja mengajar generasi muda dengan budaya berdikari, bekerjasam­a dan kepimpinan, tetapi untuk mendedahse­rtamendeka­tkan mereka terhadap pentingnya kemerdekaa­n negara.

Menurutnya generasi muda yang lahir selepas merdeka menikmati pelbagai kemajuan dan pembanguna­n yang telah dicapai oleh negara.

“Situasi pada hari ini amat berbeza dengan situasi pada masa dahulu...apa yang dinikmati oleh generasi muda ketika ini jauh lebih baik berbanding generasi masa lalu dan inilah yang harus dihargai,” katanya.

Isnin turut berharap pengisian kem merdeka itu menyelitka­n sejarah pejuang terdahulu agar generasi muda tahu mereka yang berjuang menentang penjajah.

Menurutnya jika bersandark­an hanya kepada buku teks, hanya beberapa nama pejuang terdahulu yang diselitkan dan kebanyakan­nya bukan daripada pejuang negeri

“Situasi pada hari ini amat berbeza dengan situasi pada masa dahulu...apa yang dinikmati oleh generasi muda ketika ini jauh lebih baik berbanding generasi masa lalu dan inilah ” yang harus dihargai. DATUK ISNIN HAJI ALIASNIH Pengerusi Perkasa Trading Sdn Bhd

ini.

“Masih ramai pejuang negeri ini yang perlu diketahui oleh generasi muda selain Paduka Mat Salleh dan di sinilah peranan kita iaitu mendedahka­nnya kepada mereka,” katanya.

 ??  ?? ISNIN bersama isteri merakamkan kenangan dengan peserta Kem Merdeka Pengakap Ke-17 Sabah.
ISNIN bersama isteri merakamkan kenangan dengan peserta Kem Merdeka Pengakap Ke-17 Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia