Utusan Borneo (Sabah)

150 sertai Program Pemantapan KRT di Pitas

Platform untuk interaksi, kongsi idea dan menggalakk­an percambaha­n idea-idea baharu

-

PITAS: Seramai 150 peserta mengikuti Program Pemantapan Pengurusan Kawasan Rukun Tetangga Daerah Pitas Tahun 2017 yang diadakan di Mini Dewan Pejabat Daerah Pitas.

Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk memantapka­n lagi pengetahua­n dan kefahaman Ahli Jawatankua­sa Rukun Tetangga baharu dan sedia ada dari segi urusan pentadbira­n, kewangan dan pengurusan program Rukun Tetangga.

Selain itu, sebagai platform kepada peserta untuk berinterak­si, berkongsi idea dan menggalakk­an percambaha­n idea-idea baharu bagi memantapka­n peranan dan tanggungja­wab masingmasi­ng dalam mengurus Rukun Tetangga.

Sementara itu, ketika berucap dalam Majlis Perasmian Penangguha­n, Pembantu Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Negeri Sabah merangkap ADUN Pitas Datuk Bolkiah Hj. Ismail, menyaranka­n agar Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Pitas akan terus bergiat aktif menjalanka­n program-program yang boleh menyatupad­ukan masyarakat sejajar dengan peranan dan tanggungja­wab yang dimainkan oleh setiap Kawasan Rukun Tetangga.

Beliau turut memuji usaha JPNIN dalam memperkasa­kan lagi pengurusan agar KRT sentiasa mendapat garis panduan terbaik agar seiring dengan keaktifan penganjura­n aktiviti oleh setiap KRT.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Kawasan Pitas Zamrah Abnaha.

Terdahulu Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sabah Delin Liet Blaun berkata program ini adalah untuk membantu memberi pendedahan kepada semua peserta berkenaan pengurusan melibatkan pelaksanaa­n aktiviti program dan kewangan di peringkat Kawasan Rukun Tetangga masing-masing serta memberikan kefahaman berkenaan Akta Rukun Tetangga 2012.

Beliau turut menekankan bahawa kuantiti Kawasan Rukun Tetangga perlu seiring dengan kualiti Kawasan Rukun Tetangga melalui pengurusan aktiviti dan kewangan.

Beliau juga turut memuji Kawasan Rukun Tetangga Daerah Pitas yang menjadi salah satu kawasan yang sangat aktif menjalanka­n aktiviti epanjang bulan Januari sehingga Ogos 2017.

Sebanyak 5 slot ceramah dibentangk­an iaitu Pengenalan Organisasi JPNIN dan KRT, Pengenalan kepada Akta Rukun Tetangga 2012, Penyedian Kerta Kerja, Minit Mesyuarat dan Laporan Aktivti, Pemantapan Pengurusan Kewangan, Inventori dan Stok, dan Pengurusan Sistem Maklumat.

Ceramah-ceramah disampaika­n oleh Ketua Unit Perhubunga­n Masyarakat dan Kejiranan JPNIN Negeri Sabah Susan Benet, Pegawai Unit Perhubunga­n Masyarakat dan Kejiranan JPNIN Negeri Sabah Rosimah Eson, Pegawai Penyelaras Sistem Maklumat JPNIN Negeri Sabah Faiz Mohd. Zahri dan Pen. Pegawai Perpaduan Daerah Pitas Nasiruddin Ahmad.

 ??  ?? PESERTA kursus bergambar kenangan bersama Zamrah dan Delin.
PESERTA kursus bergambar kenangan bersama Zamrah dan Delin.
 ??  ?? ZAMRAH menyampaik­an sijil kepada peserta kursus.
ZAMRAH menyampaik­an sijil kepada peserta kursus.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia