Utusan Borneo (Sabah)

Kawasan Pensiangan berubah wajah

Hasil kepimpinan Kurup membawa pelbagai projek pembanguna­n

- Oleh JOHAN AZIZ

P“BajetRM10j­utauntukme­laksanakan­pembanguna­n pendidikan sekolah-sekolah di Parlimen Pensiangan dan juga Kompleks Sukan Mini Nabawan dengan ” jumlah peruntukan sebanyak RM5 juta.

ENSIANGAN, salah sebuah kawasan yang terpencil di bahagian pedalaman Sabah, berubah wajah di bawah kepimpinan Ahli Parlimen Pensiangan Tan Sri Joseph Kurup.

Perubahan yang begitu ketara sekali dengan pelbagai projek prasarana yang memberikan keselesaan rakyat dilaksanak­an kerajaan di bawah kepimpinan beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Perubahan yang begitu cepat menjadikan Pensiangan sebuah kawasan yang pesat selepas Kurup menerajui kawasan itu sejak pilihan raya lalu.

Ia telah dinyatakan oleh sebahagian besar rakyat dan pemimpin masyarakat di Parlimen Pensiangan semasa sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di peringkat Mukim Sapulut dan Pemuntaria­n yang dirasmikan oleh Kurup.

Malah rakyat menyifatka­n beliau sebagai Ahli Parlimen yang telah melaksanak­an amanah rakyat dengan cemerlang dan berkesan di Pensiangan.

Arus pembanguna­n berperingk­at dan berterusan yang sudah dan sedang dijalankan ketika ini adalah hasil daripada usaha beliau secara ‘dominan’ tanpa menafikan peranan pemimpin komponen BN serta di peringkat kerajaan.

Kurup telah mengusahak­an jalan raya Karamatoi - Bonor - Lumiri - Pengaraan dengan bajet RM3.8 juta selain naik taraf Jalan Sook - Tulid - Sinua dengan peruntukan RM300 juta.

Bajet RM10 juta untuk melaksanak­an pembanguna­n pendidikan sekolah-sekolah di Parlimen Pensiangan dan juga Kompleks Sukan Mini Nabawan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM5 juta.

Kurup yang juga presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) turut mengambilk­ira soal kebajikan dan kesihatan rakyat di kawasan luar bandar khususnya di Pensiangan.

Usaha beliau termasukka­n pembinaan Klinik Kesihatan Nabawan yang bertaraf hospital telahpun dilaksanak­an dan kini sudah beroperasi sepenuhnya.

Kelulusan untuk pembinaan dua sekolah menangah turut dilaksanak­an iaitu SMK Trusmadi dan SMK Dalit. Kini pembinaan SMK Trusmadi sedang giat dilaksanak­an oleh pemaju.

Pada masa yang sama, pembinaan bangunan Balai Bomba Daerah Kecil Sook kini dalam pelaksanaa­n dan diharapkan ia akan siap sepenuhnya pada penghujung atau awal tahun hadapan.

Beliau juga sedang berusaha supaya pelaksanaa­n pembinaan perumahan di bawah Lembaga Perumahan dan Perancang Bandar (LPPB) dapat terus diberikan sokongan oleh kerajaan agar dapat dilaksanak­an di daerah kecil Sook dalam usaha memastikan pertumbuha­n ekonomi daerah itu terus berkembang.

Selain itu, beberapa jalan raya telah dilaksanak­an pengaspala­nnya iaitu jalan akses Minawo, jalan Marasak - Sodomon, jalan Biah Ring, jalan Biah Skim dalam kawasan Sook.

Bekalan air bersih Mukim Sook, Mukim Lanas dan Mukim Tulid yang menelan belanja RM200 juta sedang diusahakan dan juga Bekalan Elektrik Luar Bandar yang sudah berjalan.

Selain projek mega, Kurup turut memberikan keutamaan kepada keselesaan penduduk kampung dengan melaksanak­an pembinaan projek kecil luar bandar di peringkat kampung.

Antara projek itu ialah pembinaan dewan mini di mana hampir setiap kampung mendapat dewan, balairaya, jalan masuk kebun, jambatan gantung dan jambatan besi, pembaikan rumah, bina baru rumah panjang dan pembaikan rumah panjang, paip graviti, penyelengg­araan jalan masuk ke kebun-kebun, sumbangan pelajar cemerlang dan pelajar institut pengajian tinggi (IPT), pembaikan dan bina baru rumah ibadat, sumbangan rawatan perubatan, dan sebagainya.

Kelangsung­an kebajikan rakyat seperti bantuan orang tua, orang kelainan upaya (OKU), orang kurang berkemampu­an, ibu tunggal dan miskin selain itu bantuan kebajikan untuk pertanian dan perladanga­n dengan pemberian racun dan baja bagi yang berkelayak­an dan membantu penduduk kampung mendapatka­n dokumen sijil kelahiran dan kad pengenalan melalui Program Mahkamah Bergerak di Parlimen Pensiangan.

Rakyat menyifatka­n usaha pembanguna­n yang dibawa oleh Kurup itu adalah membuktika­n tanggungja­wab beliau sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan begitu serasi dengan sambutan Hari Kemerdekaa­n dan Hari Malaysia pada tahun ini.

Kata mereka komitmen Kurup sejak menjadi Ahli Parlimen di kawasan itu adalah sebagai nadi suara rakyat kawasan Pensiangan terus didengari oleh pihak kerajaan secara lebih baik dan berkesan.

 ??  ?? KURUP (tengah) bersama yang hadir melaungkan merdeka sebagai mengakhiri majlis yang diadakan di Sapulut.
KURUP (tengah) bersama yang hadir melaungkan merdeka sebagai mengakhiri majlis yang diadakan di Sapulut.
 ??  ?? KURUP memberikan tabik hormat kepada kontinjen berpakaian baju tradisi suku Murut dalam upacara lintas lalu pada sambutan di Sapulut.
KURUP memberikan tabik hormat kepada kontinjen berpakaian baju tradisi suku Murut dalam upacara lintas lalu pada sambutan di Sapulut.
 ??  ?? KURUP bergambar bersama kontinjen Kampung Bahagia A pada sambutan di Mukim Pemuntaria­n. Turut kelihatan Fredian (tiga kiri), Arthur (kiri) dan Jubilin (dua kiri).
KURUP bergambar bersama kontinjen Kampung Bahagia A pada sambutan di Mukim Pemuntaria­n. Turut kelihatan Fredian (tiga kiri), Arthur (kiri) dan Jubilin (dua kiri).
 ??  ?? KURUP bersembang dengan seorang ibu bersama anaknya semasa melakukan perbarisan semua kontinjen di Mukim Pemuntaria­n.
KURUP bersembang dengan seorang ibu bersama anaknya semasa melakukan perbarisan semua kontinjen di Mukim Pemuntaria­n.
 ??  ?? KONTINJEN JKKK Saliku pada sambutan di Mukim Sapulut.
KONTINJEN JKKK Saliku pada sambutan di Mukim Sapulut.
 ??  ?? KONTINJEN pelajar SMK Sapulut.
KONTINJEN pelajar SMK Sapulut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia