Utusan Borneo (Sabah)

Semai patriotism­e di tabika

Untuk lahirkan generasi cintakan negara

-

KOTA BELUD: Semangat patriotik harus ditanam dengan mendalam dalam jiwa anak-anak bermula di taman bimbingan kanakkanak (tabika) lagi.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Haji Jamli berkata, menanamkan semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan warganegar­a yang cintakan negaranya dan pasti akan menjadi masyarakat yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri.

Menurutnya, masyarakat mahupun individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembanguna­n dengan cepat, setanding dengan negara maju yang lain.

Justeru, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat, khususnya bermula dari anak-anak tabika.

“Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memupuk semangat patriotik dalam sanubari anak-anak, dan ibu bapa harus sentiasa menanamkan kesedaran tetang pentingnya memelihara kedaulatan serta kemerdekaa­n negara sejak anak masih kecil lagi.

“Ibu bapa juga mesti menjadi contoh yang baik kepada anak-anak. Ibu bapa harus mengibarka­n bendera bersama anak-anak ketika sambutan Hari Kemerdekaa­n negara,” katanya.

Beliau yang juga Adun Tempasuk berkata demikian ketika merasmikan Hari Kemerdekaa­n Gabungan Lima Tabika Kemas di Mukim Bangkahak Rosok, di sini pada Selasa.

Musbah berkata, sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa.

Tambahan pula katanya, amalan itu penting kerana dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cintakan negara dan tidak melakukan perkara yang akan memburukka­n nama negara.

Turut hadir, Penyelia Sekolah Kemas Kota Belud Latifah Abdul Wahab, PM Tabika Kemas Rosok Jeminti Samid, PM Tabika Kemas Bangkahak Baru Noraiti Awal, PM Tabika Kemas Kalibungan Sintum Dual, PM Tabika Kemas Bangkahak Lama Bonoi Sinalin, PM Tagika Kemas Bangkahak Sum Sum dan para pemimpin masyarakat.

“Menanamkan semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan warganegar­a yang cintakan negaranya dan pasti akan menjadi masyarakat yang berguna kepada bangsa, agama dan ” negaranya sendiri. DATUK MUSBAH HAJI JAMLI Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan

 ??  ?? MUSBAH (tengah) melaungkan merdeka bersama warga Tabika Kemas Mukim Bangkahak Rosok.
MUSBAH (tengah) melaungkan merdeka bersama warga Tabika Kemas Mukim Bangkahak Rosok.
 ??  ?? MUSBAH (empat kanan) bersama yang lain menyanyika­n lagu Negaraku sebelum majlis dimulakan.
MUSBAH (empat kanan) bersama yang lain menyanyika­n lagu Negaraku sebelum majlis dimulakan.
 ??  ?? MUSBAH disambut dengan kibaran Jalur Gemilang oleh anak-anak Tabika Kemas dan AJK penganjur.
MUSBAH disambut dengan kibaran Jalur Gemilang oleh anak-anak Tabika Kemas dan AJK penganjur.
 ??  ?? MUSBAH (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada anakanak Tabika Kemas.
MUSBAH (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada anakanak Tabika Kemas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia